Sunday, May 11, 2014

Gagal Beri Tumpuan? Mengapakah ia terjadi? Bagaimana mengatasinya?


11 sebab mengapa anda tidak boleh menumpukan perhatian?

1. TEKANAN, KEBIMBANGAN, KEMURUNGAN

  • keadaan ini boleh menyebabkan anda menjadi seorang pelupa juga.
  • jalani kehidupan yang lebih sihat & aktif untuk melupakan tekanan di tempat kerja atau di rumah. 

2. GANGGUAN TIDUR
  • tidak mendapat tidur yang berkualiti pada waktu malam akan memberikan gangguan pada hari esoknya.
  • jika masalah berlarutan, mungkin perlu mendapatkan rawatan doktor.
  • kadangkala ia adalah disebabkan oleh badan kekurangan salah satu vitamin atau mineral. Cuba ambil multivitamin untuk menampung kekurangan ini.

3. ALKOHOL/PENYALAHGUNAAN DADAH
  • kebergantungan terhadap alkohol/dadah boleh menyebabkan otak tidak berfungsi dengan baik seperti biasa.
  • kebergantungan jangka panjang (mungkin pada ubat-ubatan yang diambil) boleh menjadi punca kepada penyakit nyanyuk. 

4. PERUBAHAN HORMON
  • walaupun kajian masih dijalankan tentang kesan kehamilan terhadap otak, ramai wanita melaporkan mengalami masalah lupa & kurang fokus pada bulan-bulan kehamilan seterusnya.

5. MENOPAUSE
  • menurut hasil kajian dari University of Rochester Medical Centre di Amerika, menopause boleh mengganggu kebolehan mental buat sementara waktu.

6. KEKURANGAN VITAMIN B
  • vitamin B membantu menukarkan gula kepada tenaga & membantu dalam metabolisma lemak & protein. Proses ini membantu lebih tenaga terhasil untuk fungsi otak lebih fokus.
  • makanan laut, daging merah dan telur adalah sumber vitamin B yang baik tetapi bagi mereka yang ingin pastikan mereka mendapat bekalan vitamin B yang mencukupi, disarankan mengambil suplimen B Complex. 

7. TIROID
  • boleh menyebabkan perubahan aktiviti sel.

8. ANEMIA
  • oksigen tidak diangkut ke seluruh bahagian badan dengan baik menyebabkan fungsi otak terganggu.
  • kebiasaanya anemia adalah disebabkan oleh kekurangan zat besi dan biasanya ia dicegah dengan perubahan gaya hidup atau mengambil makanan atau suplimen zat besi.
  • juga disarankan mengambil vitamin C bersama-sama suplimen zat besi bagi membolehkan penyerapan zat besi dengan lebih berkesan.

9. KECEDERAAN KEPALA
  • hentakan di kepala sewaktu bersukan boleh menyebabkan kecelaruan pada otak.
  • hentakan di kepala akibat kemalangan yang serius boleh menyebabkan kerosakan kekal yang membawa kepada masalah penumpuan.
  • rawatan segera penting untuk memastikan tiada kecederaan serius pada otak.

10. NYANYUK
  • salah satu simptom awal ialah kehilangan memori jangka pendek.
  • keadaan ini boleh menyebabkan kerosakan pada otak.



Bagaimana untuk kekal fokus?

  • cuba masukkan cabaran baru pada otak seperti belajar bahasa baru.
  • pastikan diet harian anda cukup dengan omega-3. DHA terbukti mempunyai kaitan rapat dengan kesihatan otak & fungsi otak yang baik.
  • bersenam untuk kesihatan kardiovaskular.
  • cuba selesaikan teka silang kata.
  • cuba usaha untuk mencari jawapan kepada masalah yang tidak dapat diselesaikan.
  • permainan komputer.
  • cukup rehat & cukup tidur.
  • cuba lihat kehidupan dari sudut yang positif dan gembira. 
  • dapatkan bantuan jika mengalami kemurungan atau kebimbangan.
Di Shaklee, kami juga ada beberapa suplimen yang penting untuk sumber otak seperti yang dinyatakan di atas:
  1. Multivitamin Vita-Lea with Iron Formula :: lengkap dengan 24 vitamin & mineral serta zat besi untuk membantu masalah anemia serta kekurangan vitamin dan mineral dalam badan.
  2. B Complex :: lengkap dengan kesemua 8 jenis vitamin B yang sangat berkait rapat dengan membantu mengurangkan tekanan.
  3. Omega Guard :: asid lemak Omega-3 yang kaya dengan sumber DHA dan EPA. Kedua-duanya sangat berkait rapat dengan fungsi kognitif dan saraf terutamanya di bahagian otak.
  4. Sustained Release Vita C Plus :: vitamin C yang bersamaan dengan 7 buah oren dan dilepaskan secara berperingkat (sustained release) ke dalam badan selama 24 jam kitaran waktu. Ia dapat membantu penyerapan zat besi dengan lebih baik.
  5. GLA Complex :: dihasilkan daripada Minyak Bunga Borage yang membantu masalah menopause.
  6. OsteMatrix :: lengkap dengan kalsium, magnesium, vitamin D, boron & mangan bagi membantu masalah gangguan tidur.
  7. ESP :: protein soya dengan 9 asid amino lengkap termasuk trypthopan untuk membantu penghasilan hormon melatonin bagi tidur yang lebih baik.

sumber : 
http://buff.ly/1fV6mvT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...