Tuesday, December 23, 2014

Resepi Popia Nestum

Salam semua....I am back! Lama senyap sunyi sepi..bukan apa, i bizi dengan bisnes Popia Nestum sekarang nih..hehee..


Jom kita tengok bahan2 untuk popia-popia pelbagai perisa ni.

Popia Nestum
Kulit Popia
Nestum
Gula Icing
Horlicks
Tepung Gandum


Cara pembuatannya:


1. Koyak dulu kulit popia 1 by 1 baru senang nanti terus gulung saja semuanya. Lebih cepat especially macam saya yang berniaga ni :)



2. Lipat dulu 1/4 bahagian popia, kemudian baru gulung dari awal sampai habis. Hasilnya jadi mcm ni (saya buat banyak2 sekaligus juga)






3. Bancuh tepung gandum dengan sedikit air (nak buat gam), kemudian letakkan sedikit di hujung kulit popia yang dah digulung macam ni. Nanti kulit popia akan melekat. Barulah masa goreng tu tak ada yang terlerai.


4. Dah setel proses sapu gam, boleh buat proses menggunting pula. Berapa potongan kecil bergantung kepada saiz popia yang anda nak nanti. Kalau nak besar sikit, boleh potong 7 bahagian, kalau kecil 8 bahagian pun boleh.(alahai gambar terlupa nak snap, basically potong serong - tengok semasa goreng nanti)


Biarkan di tepi dulu popia yang dah siap dipotong tu. Jom kita buat salutannya pula.

5. Campurkan Nestum, Horlicks dan Gula Icing (Bahan A) bersama-sama ikut sukatan 1:1:1 (depending on tahap kemanisan ya, kalau tak nak manis, boleh adjust gula tu). Blend semuanya sehingga halus sedikit (nak bagi kasar2 sket pun bleh).


6. Back to kulit popia, bolehla buat operasi penggorengan di dalam minyak yang panas. Jangan lama-lama goreng tu, nanti rentung tak sedap. hehe


7. Bila dah angkat, sejat dulu minyaknya ok, jangan terlalu berminyak nanti cepat "perat" orang utara kata. 


8. Bila dah setel sejat minyak, boleh la gaulkan popia yang telah digoreng dengan campuran bahan A tadi. Siap!


Mudahkan? Tapi....kenapa lebih ramai yang suka order order order? Sebab, proses gulung, gam dan gunting tu perlukan kesabaran yang tinggi & masa yang lapang.


So, kalau anda nak try resepi ni di rumah, dipersilakan. Kalau anda nak order dengan saya pun dipersilakan. Just SMS/WA/WeChat 012-5166591.


Saya tawarkan popia dengan berat 120g, 300g, 500g dan 1000g..serta 4 in 1 flavour !
Juga menyediakan door gift untuk semua majlis.
Perisa yang saya tawarkan pula : Popia Nestum, Cheese, Coklat dan Kacang.....


Alhamdulillah..customers sangat berpuas hati.





Jangan ketinggalan mendapatkan popia rangup kesukaan ramai ini ok.


Friday, December 19, 2014

Mesti cuba! Omega-3 boleh kurangkan tabiat merokok

Ini mungkin berita baik buat para isteri, ibu, kakak & adik yang ingin ahli keluarga mereka berhenti daripada MEROKOK.


Kajian yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik yang diketuai oleh Dr. Sharon Rabinovitz Shenkar dari Universiti Haifa, Israel telah merumuskan tabiat merokok bagi perokok yang diberikan Omega-3 telah berkurang sebanyak 11%. 

Cara kajian dilakukan :
48 perokok berusia di antara 18-45tahun yang menghisap 14 rokok sehari secara purata telah dibahagikan kepada 2 kumpulan secara rawak. Mereka ini telah dikenalpasti secara puratanya telah menghisap rokok lebih kurang 11 tahun.

1 kumpulan diberikan Omega-3 (2.7g EPA & 2g DHA) setiap hari.
1 lagi kumpulan diberikan plasebo serta minyak soya.

Pada mulanya tiada perubahan yang ketara dijumpai untuk kedua-dua kumpulan. Tetapi selepas 30 hari, kumpulan yang dibekalkan dengan suplimen omega-3 telah menunjukkan penurunan tabiat merokok sebanyak 11% secara purata, iaitu 2 batang sehari. Tahap ketagihan mereka terhadap nikotin juga berkurangan.Kumpulan yang mengambil plasebo tidak menunjukkan sebarang penurunan dalam jangka masa yang sama. 

Jom kita cuba usahakan para suami, adik, abang kita untuk berhenti merokok dengan asid lemak Omega-3. Ada banyak makanan harian yang mengandungi Omega-3 seperti ikan salmon, sardin, tuna, walnut dan brokoli.

Nak lagi mudah? amalkan suplimen Minyak Ikan Omega, semestinya Omega Guard Shaklee, minyak Ikan terbaik di Dunia >>> lebih banyak tentang Omega Guard


Hubungi saya jika inginkan harga berpatutan. 




sumber : http://www.dailymail.co.uk/health/article-2829826/How-FISH-OILS-help-smokers-quit-Scientists-discover-omega-3-supplements-reduce-cravings-cigarette.html



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...