Wednesday, June 18, 2014

My BreastFeeding Journey - Tips Menjayakan Penyusuan Ekslusif

Assalamualaikum…
Ada orang yang mungkin kata, “anak baru sorang dah sibuk nak share tips penyusuan”.. hmm..sebenarnya, kalau anak dah 10 pun, tak semestinya ibu tu pandai dalam tips penyusuan kalau dia tak pernah ada pengalaman menyusukan anak secara ekslusif bukan?

So kat sini, walaupun anak saya baru setahun jagung, saya nak juga share beberapa tips & persediaan untuk penyusuan yang saya amalkan dari saat kehamilan sampai sekarang. Alhamdulillah, anak still full breastfeed sehingga sekarang usianya 14 bulan setengah.

SEMASA KEHAMILAN
  1. Tanamkan siap-siap dalam minda, hati, jiwa raga ni yang kita nak susukan anak yang dikandung tu secara ekslusif. Ekslusif tu maksudnya cukup 2 tahun paling minimum. Mindset penting tau disusuli dengan doa. Doa bahasa melayu pun ok saja. Janji doa minta Allah permudahkan niat kita nak susukan anak dengan susu terbaik dari kita.
  2. Dapatkan sokongan padu daripada ahli keluarga terutamanya suami sebab nanti nak pergi survey breast pump dengan suami, nanti suami nak belikan breast pump tu.
  3. Bagi ibu bekerja macam saya ni, bolehlah start survey breast pump via internet, kawan-kawan, family members yang dah pernah lalui zaman breastfeeding ni. Tak perlu beli lagi ya. Nama pun survey..hehe..Tapi boleh pinjam dulu breast pump dari kawan-kawan atau pusat meminjam (kat Penang ada service center yang bagi pinjam breastpump untuk try)
  4. Boleh mula baca website, blog atau mana-mana artikel pun yang berkaitan penyusuan susu ibu. Bila dah baca tu, lagi semangat & tak sabar nak menyusu tau! Nanti jap gi kat bawah ni saya bagitau topik apa yang boleh dibaca tu?
  5. Bila pergi check-up di klinik/hospital nanti, jangan lupa tanyakan dekat nurse/doktor macam mana prosedur kalau nak susukan anak nanti. Some klinik/hospital bersalin akan tinggalkan anak bersama ibu kalau kita cakap nak breastfeed, tapi some akan bawa anak ke katil ibu bila tiba waktu breastfeed. Just tanya to make sure ok!
  6. Ada website yang saya baca kata masa kandungan 7 bulan dah boleh start try pum tapi setengah web kata ada risiko (nanti kalau saya terserempak dengan web yang cerita pasal ni saya share). Saya tak buat yang ni sebab masa tu belum baca lagi info.
  7. Survey siap-siap pot nak pam susu kat tempat kerja nanti. Ada setengah company memang buat mother’s room (macam tempat keja saya), ada yang tidak. Bagi yang tidak tu, check dengan kawan-kawan di mana pot yang boleh dibuat tempat pam susu. Maybe surau, bilik meeting or pinjam bilik boss kalau boss tu kawan anda. hehe.
  8. Survey juga baby sitter yang kita nak hantar anak tu support breastfeeding ke tak? Kalau ya, sangat baguslah sebab ada juga baby sitter yang rasa susahnya nak FIFO lah, nak panaskan susu lah dll..

SEMASA KELAHIRAN
  1. Dah tanya kan sebelum ni macam mana prosedur klinik/hospital. So, jangan lupa, 2 jam pertama sangat penting. Susu paling baik di alam semesta – kolostrom warna kuning yang paling banyak khasiat untuk pertahanan badan bayi.
  2. Kadang tertanya-tanya ada ka tak susu ni? Baru saja deliver ni. Jangan risau, bagi saja baby hisap susu tu. Dia dapat sikit pun dah ok sebab perut baby masa lahir kecik sangat-sangat (saya pernah baca ni, tapi lupa di mana).

SEMASA DALAM PANTANG
  1. Ha…part ni paling mencabar. Ibu tak boleh stress ya. Say no to stress!
  2. Kerap susukan anak, tak kiralah kena bangun tengah malam ke, awal pagi ke, yang penting anak diutamakan k! Ni dinamakan SUPPLY on DEMAND. Di mana ada kemahuan (nak susu), di situ ada stock (susu badan tambah la nanti)
  3. Masa ni boleh test breast pump yang kita pinjam/sewa tu. Boleh start buat stock dah (untuk ibu bekerja terutamanya). Kalau breast pump tu sesuai, boleh suruh suami belikan jenama yang sama. Saya guna rumble tuff saja sebab tak mampu nak beli medela or spectra tu.
  4. Jangan stress kalau susu keluar 1 oz…Saya macam ni la masa mula-mula pam. Sedihnya. Terpikir dah macam mana nak susukan anak sampai 2 tahun ni. Anak pula walaupun gegirl, kuat menyusu sungguh. Lepas tu cepat-cepat tolak sedih ke tepi. Sedih kejap je cukup lah.
  5. Makan kena jaga ya. Nama pun dalam pantang kan. Jangan minum ais or apa-apa benda sejuk. Ni semua effect kat susu tau. Makan makanan panas – jintan hitam tu bagus. Minum air suam. Minum banyak air. Orang tua-tua tak bagi minum air banyak takut urat kembang, tapi Alhamdulillah, mak saya okes! Dia bagi minum air banyak baru la tak sembelit, tak dehidrat & susu pun bertambah. Sayang mak!
  6. Urut. Ni salah satu daripada cara banyakkan susu. Orang melayu kan suka urut-mengurut. Makcik urut tu nanti urut sekali urat nak lancarkan perjalanan susu tu.
  7. Kalau ada yang alami bengkak di bawah ketiak tu jangan risau. Saya ada macam tu – dua belah lagi besar!. Saya tanya nurse & doktor, diorang cakap tu kantung susu sebenarnya. Just urut situ perlahan-lahan bagi kurang. Tapi kalau teruk sangat & sakit sangat better p check ya takut ketumbuhan pula.
  8. Bengkak susu, ni kerap terjadi especially masa dalam pantang. Saya kena 3 kali! Demam, sakit badan, kat miss B tu lagi la sakit. Cara nak hilangkan : Letakkan kelopak kubis putih yang besar tu dalam freezer for a few hours, then telapkan dekat miss B yang bengkak tu. Biar saja kat situ. Rasa sejuk ja. Tak sampai sehari bengkak mesti hilang. Kalau boleh tahan sakit, susukan anak dari miss B yang bengkak tu bagi gumpalan susu terurai cepat. Ingat! Ni proses nak menyusu secara ekslusif tau. Hehe
  9. Nipple luka : ni lagi satu cabaran ibu menyusu. Luka kena tahan la sikit kan sebab masa beranak pun sakit gak. Boleh letak nipple cream (saya guna jenama Medela- p cari kat kedai jual barang baby). Tak perlu cuci nipple bila nak menyusukan anak selepas itu. Satu lagi cara, letak lebihan susu badan yang menitik tu keliling nipple. Ni pun Insya Allah sangat berkesan. Jangan serik nak menyusukan anak lagi ye. 
  10. Waktu malam direct latch atau pam. Sebelum tidur, pam dulu (kosongkan miss B). Lepas tu tidur. Bangun awal pagi maybe 4am untuk mengepam, solat sunat sikit, pastu boleh siap-siap nak pegi kerja dah. Kalau nak tau, between 12am-6am ni masa paling bagus untuk pam susu sebab masa ni hormone prolaktin (hormon penghasilan susu) tengah aktif bekerja. Rekod terbaik saya sekali pam waktu awal pagi ni dapat 10oz. hehe. Alhamdulillah. Bangga sendiri kot! Haha. Memang mengantuk, tapi pam juga. Kan nak buat stock. So jangan merungut kalau awal pagi anak nak susu. Ni waktu paling best untuk tambah susu.
  11. Minum air suam setengah jam sebelum mengepam untuk setiap sessi. Insya Allah membantu pengaliran air susu keluar dengan lebih lancar tau!
  12. Kalau rasa susu banyak tapi macam tak keluar saja bila mengepam tu, pergi ambil sikat pastu 'sikat' miss B dr atas ke bawah. Buat macam sikat rambut saja. Ni orang tua-tua punya petua tradisi. Then, boleh juga berus nipple perlahan-lahan dengan berus gigi supaya liang-liang yang tersumbat tu boleh dibersihkan. Lepas tu bila pam mesti dah mudah :)

SELEPAS PANTANG/BACK TO WORK
  1. Jangan lupa bawa pam susu lengkap dengan segala corong, paip, bekas, storage bag/bottle. Hari pertama lupa, memang nahas lah! Mesti engored punya! Teringat saya setahun lalu, hari pertama back to work, balik rumah terus demam sebab bengkak susu. Alahai..
  2. Jika ditakdirkan terlupa mana-mana satu & tak boleh nak pam dengan pam tu, guna teknik marmet ya (picit miss B dengan tangan). Janji express out juga susu tu then susu baru boleh replenish.
  3. Masa itu emas. Gunakan masa yang terluang untuk pam susu. Kalau anda hanya boleh pam waktu rehat saja, cut sikit masa makan dalam 30 minit untuk menjayakan pumping session tu.
  4. Berapa kali nak pam di tempat kerja? Paling banyak orang sempat buat 3 kali sehari saja. Kadangkala 2 kali. Ada yang sekali pun. Ni subject to your own time management. Yang penting, jangan skip mengepam kalau nak susu continue mengalir.
  5. Jangan stress kalau hasil mengepam tak seperti yang diharapkan. Buka peti ais di tempat kerja tu tengok orang lain dapat full bottle 5 oz sekali pam tapi kita 1-2 oz ja kot!.. Tak pa..banyak tu saja rezeki anak untuk hari ini. Ucapkan Alhamdulillah..Mungkin esok rezekinya lebih bagus.
  6. Minum air banyak-banyak dan continue berpantang demi menjaga kualiti dan kuantiti susu. Ais jangan sentuh lagi ya (saya dah setahun lebih tak minum ais). Makanan sejuk (spt kubis, tembikai) jangan makan lagi. Lepas few months boleh la rasa sikit.
  7. Jangan mudah terpengaruh dengan rakan-rakan yang cakap lecehlah nak pam ni, tiada masa, nak basuh itu ini. Ha, sebenarnya tak perlu pun basuh alat mengepam tu selama 24hrs guna. Letak dalam bekas kedap udara and masukkan dalam peti sejuk. Nanti nak guna lagi kan. Mudahkan sessi mengepam tu. Diorang tak tahu, memang kerjanya complaint saja :D
  8. Hasil pam saya di opis pun tak banyak mana – average sessi 1-3 biasanya dapat 4-5oz setiap kali pam. Tapi saya dah happy pun macam tu. Better than nothing kan. Sampai tahap stock susu sehari saja. Pam hari ni untuk hari esok sebab anak saya menyusu sangat dasyatnya haha. Saya tak putus asa pun.
  9. Lepas anak dah 6 bulan, dah start makan solid food, stock susu dah ok juga sebab anak dah kurang dos hihi. Dia dah kenyang makan porridge. Masa tu pulun lagi buat stock. Jangan pernah kurangkan pam/direct latch kalau anak kurang minum susu. Buat stock, kalau dah expired, buang saja. Jangan risau bazir ke apa ke sebab memang bukan rezeki nak bagi anak susu tu. Kalau tak nak bazir, donate dekat kawan yang ada masalah penyusuan ke. Tapi ingat, mesti sudi jadi ibu susuan kalau nak donate banyak-banyak ya.
  10. Supplimen. Ok, saya tak nafikan saya jatuh cinta dengan Shaklee lepas cuba set penyusuannya. Saya ambil ESP+Alfafa (set budget) sebab masa ni nak try dulu. Ye ke berkesan? Memang ya. Alhamdulillah. Dua jenis suplimen ni memang banyak membantu saya. Tapi pam/direct latch mesti tidak diabaikan ya kalau tak makan la 10 jenis suplimen pun mesti susu akan kurang juga. Suplimen ni membantu menambahkan kuantiti susu selepas semua teknik dah dicuba dengan konsisten ya.
Sekarang? Hasil sekali pam 6oz :)

Takat ni dulu la saya sampaikan tips. Oh lupa..nak google info apa kan masa tengah pregnant sampai la sekarang?
Ni di antara keyword yang boleh anda cari:
  • Teknik marmet
  • Cara simpan EBM(express breast milk)
  • Cara pilih pam susu
  • Cara banyakkan susu
  • Waktu bila sesuai untuk pam susu
  • Konsep demand vs supply
  • Artikel penyusuan yang berjaya dari seorang ibu yang zero to hero
  • Atasi bengkak susu
Mudah-mudahan memberi manfaat buat ibu-ibu sekalian. Jangan putus asa, Insya Allah hati kita Allah yang pegang. Apa kita rasa, apa kita nak, itu yang kita dapat :)

Jika berminat nak cuba suplimen untuk penyusuan dari jenama Shaklee, boleh hubungi saya di 012-5166591. Nak kongsi tips pun dipersilakan...



Akhir sekali...apa-apa yang kita lakukan mestilah dengan doa yang ikhlas, kusyuk dan percaya sebelum berjaya....

Saya dapat doa ini daripada 1 blog..



Maksudnya:

Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu". Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air. Sungguh tiap-tiap suku telah mengetahui tempat minumnya (masing-masing)[55]. Makan dan minumlah rezki (yang diberikan) Allah, dan janganlah kamu berkeliaran di muka bumi dengan berbuat kerusakan.

Cara-cara mengamalnya:
  • Berdoa: “Ya Allah permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk anakku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menurut segala yang telah Engkau syariatkan. AMIN”
  • Baca Salawat Nabi dan Bismillah sebelum menyusu dan mengepam.
  • Baca Surah Al Baqarah ayat 60 dan letakkan tangan pada payudara, usap, dan doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak aku supaya aku mampu keluarkan susu yang cukup pada anak aku sehingga sekurang-kurangnya umurnya 2 tahun. InsyaAllah

sumber doa dari : http://buff.ly/TLnutj


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...