Friday, June 20, 2014

Anak Tidak Boleh Bercakap? Risaunya!

Mouse pun boleh bertukar jadi handphone tau!

Normalkah kalau bayi umur 1 tahun 5 bulan masih belum boleh bercakap? Bagi yang tercari-cari di usia berapa anak dah mula bercakap, sama la korang macam saya. Saya pun cari info yang sama.

Anak saya, Marissa Amina dah 14.5 bulan.. So far memang dia dah boleh paham majoriti yang orang sekelilingnya cakap. Dia sendiri dah boleh cakap :
“mamam” – bila nak makan..yakni lepas mandi pagi ja mesti dia nak maman dah.
“nenen” – pantang nampak ummi, mesti nak duduk atas riba & direct latch
“ba” – bila ditanya abi mana?
“ma” – bila ditanya ummi mana?
“bas” – bila nampak bas rapid lalu
“meme” – panggilan untuk ummi bila dia nangis nak merap suruh ummi dukung hihi..
Dah boleh mengajuk sesiapa saja yang batuk.
Suka geleng kepala bila disuruh buat sesuatu yang dia tak nak buat.

Tapi..saya sendiri tak pasti dah boleh cakap mcm di atas tu consider lambat bercakap atau memang budak umur gini sampai situ saja percakapannya. Kata orang tua-tua, baby yang cepat berjalan, memang biasanya lambat bercakap sebab dia tumpukan pada aktiviti lain dulu. Amina memang dah berjinak-jinak untuk berjalan sejak umur 9 bulan lagi..Masuk 10 bulan dia memang dah boleh berjalan.

So bila saya google, ini info yang saya dapat. Tapi take note perkembangan setiap bayi tidak sama, so jangan bandingkan anak kita dengan anak orang lain sangat ya. Saya go thru forum susuibu juga cakap benda yang sama. 
Jangan risau sangat sampai memaksa anak kecil ni pula semata-mata sebab anak orang lain dah boleh bercakap.

Perkembangan percakapan
  Bayi baru lahir — Boleh mendengar dan membezakan sama ada bunyi datang dari kiri atau kanan. Mereka akan menggerakkan kepala ke arah sumber bunyi. Bayi anda juga sepatutnya boleh memberi tindak balas kepada bunyi perlahan. Bayi mula senyum dan menunjukkan gerak balas kepada seseorang pada umur sebulan dan mengenali suara ibu bapa pada umur satu hingga 2½ bulan
  Tiga hingga enam bulan — Bayi boleh meniru bunyi percakapan
  Empat hingga lapan bulan — Bayi menyebut satu suku kata (contoh ba, da, ga, gu)
  Lima hingga sembilan bulan — Bayi menyebut beberapa suku kata berulang-ulang (contoh bababa, lalala)
  Enam hingga 10 bulan — Bayi mula menyebut perkataan mudah yang kerap didengar (emak, ayah, tak)
  Lima hingga 10 bulan — Kebanyakan bayi boleh menyebut mama, dada — yang tidak hanya merujuk kepada ibu dan ayahnya
  Enam hingga sembilan bulan — Kebanyakan bayi boleh mengikut atau mematuhi arahan pendek yang disertakan dengan pergerakan badan atau tangan. Contohnya meminta dia memegang objek atau tangan anda. Dalam lingkungan umur tujuh hingga 11 bulan, bayi sepatutnya boleh mematuhi arahan ringkas tanpa perlu ditunjuk dengan tangan
  Tujuh hingga 12 bulan — Sudah pandai menggunakan perkataan mama, emak atau ayah dengan betul
  Sembilan hingga 14 bulan — Biasanya sudah boleh menyebut satu patah perkataan (selain emak, ayah)
  10 hingga 15 bulan — Sepatutnya bayi boleh menunjuk ke arah objek yang dikehendakinya
  11 hingga 20 bulan — Anak anda seharusnya boleh menyebut empat hingga enam perkataan (selain emak, ayah atau nama adik beradik)
  14 hingga 21 bulan — Si kecil boleh mematuhi arahan dua langkah tanpa bantuan pergerakan tangan (contoh ‘Duduk di sini dan makan’). Pada umur 14 hingga 18 bulan, dia seharusnya boleh menunjukkan dua atau lebih anggota badan dan meningkat kepada enam anggota badan pada umur 22 bulan
  16 hingga 20 bulan — Kanak-kanak boleh menyuarakan kehendaknya dalam satu perkataan (jus, susu, lagi, banyak)
  18 hingga 22 bulan — Si kecil sudah boleh menggabungkan dua perkataan atau ayat mudah seperti ‘hendak susu’ atau ‘mahu lagi’
  16 hingga 24 bulan — Kanak-kanak seharusnya sudah boleh menguasai lebih 50 patah perkataan
  19 hingga 26 bulan — Menggunakan perkataan saya, awak walaupun kadangkala terbalik. Kebanyakan kanak-kanak boleh menyebut perkataan dengan baik apabila berumur 30 bulan
  24 bulan — Percakapannya boleh difahami separuh oleh orang lain atau individu yang jarang berjumpa kanak-kanak berkenaan
  24 hingga 32 bulan — Boleh menamakan empat gambar
  26 hingga 32 bulan — Boleh bercakap dalam dua hingga tiga ayat mudah
  27 hingga 34 bulan — Boleh memahami dua arahan dalam satu ayat contohnya ‘Letak cawan di atas meja atau sebelah buku’
  29 hingga 34 bulan — Boleh menamakan dan kegunaan sekurang-kurangnya dua objek. Kanak-kanak seharusnya boleh mengenali satu warna pada umur 2½ hingga 3¼ tahun dan empat warna pada umur tiga hingga 4½ tahun
  Tiga tahun — Hampir 75 peratus pertuturannya boleh difahami orang yang jarang bertemu kanak-kanak ini. Pada umur ini mereka boleh menguasai lebih 250 perkataan. Pada umur empat tahun, percakapannya seharusnya boleh difahami sepenuhnya dan mampu menguasai 600 perkataan.

So kalau rasa anak lambat bercakap, nak buat apa?
·  Jika anda fikir anak anda lewat bercakap, bawa si kecil untuk jalani ujian pendengaran. Pada masa sama kanak-kanak yang ada masalah lewat bercakap juga perlu dirujuk kepada pakar terapi pertuturan atau pakar psikologi jika perlu secepat mungkin.
 ·  Membaca buku kepada anak, terutama buku bergambar di mana anda boleh mengajaknya untuk menunjuk atau menamakan objek. Contohnya : Flash card pun boleh gak ni.
·  Gunakan bahasa mudah apabila bercakap dengan anak, dibantu dengan gerak badan atau tangan. Tanya banyak soalan kepada anak. Pastikan anda ‘bercakap’ dengan si kecil dan bukan memberi arahan. Contohnya : saya selalu tanyakan kepada anak, “
·  Beri tindak balas segera apabila anak bercakap untuk memberi dorongan kepadanya. Contohnya : Kalau anak cakap “cat”, terus ulang “mana cat?” Nanti pasti dia tunjuk cat(kucing) di situ.
·  Ulang perkataan atau ayat anak anda dengan menambah beberapa perkataan lagi bagi memanjangkan ayat berkenaan. Contohnya : Kalau anak cakap “susu”, Tanya dia kembali, “adik nak susu?” dari 1 perkataan kan dah jadi 3 perkataan.
·  Sabar melayan anak dan jangan marah jika dia melakukan kesilapan. Beri masa untuk anak menghabiskan ayatnya.
·  Jangan paksa anak bercakap.

* contoh tu saya yang add sendiri hehe 

Rajin-rajin la sembang dengan anak, best tau! Especially bila tengok muka diorang blur saja tengah nak pick up apa kita cakap.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...