Monday, June 30, 2014

EBM sejuk, bolehkah diberikan kepada bayi?

Jeng jeng jeng!! Anak saya dah pandai memilih minumannya sendiri..

Cara normal : EBM akan dipanaskan terlebih dahulu sebelum diberikan kepada anak-anak kita.. (EBM = express breast milk - susu yang dipam dan disimpan di dalam peti sejuk)

Anak saya? huhu..dia suka minum susu sejuk. Semua aktiviti pemanasan dia skip. Dia minum dalam storage bottle dengan straw hahhaha..(jimat botol susu gak!)

Persoalannya yang bermain di pikiran saya...boleh ker bagi susu sejuk dekat baby(kategori baby lagi kan sbb tak pandai bercakap lagi)?

Saya pun google...google...findings?! Boleh asalkan anak tu tak da masalah kembung perut selepas minum susu sejuk ni. Tapi dah cakap boleh tu jangan la hari-hari bagi susu sejuk ya. Cuba elakkan. Jangan ajar anak-anak minum minuman sejuk/ais seawal usia. Tak bagus kan!

Nak minuman yang berkhasiat? ni ha..cuba Meal Shakes Shaklee ni. Memang berbaloi tau! 



sumber:http://sweetstory.yuitsumuni.com/2011/03/bayi-boleh-minum-susu-sejuk/


Friday, June 20, 2014

Anak Tidak Boleh Bercakap? Risaunya!

Mouse pun boleh bertukar jadi handphone tau!

Normalkah kalau bayi umur 1 tahun 5 bulan masih belum boleh bercakap? Bagi yang tercari-cari di usia berapa anak dah mula bercakap, sama la korang macam saya. Saya pun cari info yang sama.

Anak saya, Marissa Amina dah 14.5 bulan.. So far memang dia dah boleh paham majoriti yang orang sekelilingnya cakap. Dia sendiri dah boleh cakap :
“mamam” – bila nak makan..yakni lepas mandi pagi ja mesti dia nak maman dah.
“nenen” – pantang nampak ummi, mesti nak duduk atas riba & direct latch
“ba” – bila ditanya abi mana?
“ma” – bila ditanya ummi mana?
“bas” – bila nampak bas rapid lalu
“meme” – panggilan untuk ummi bila dia nangis nak merap suruh ummi dukung hihi..
Dah boleh mengajuk sesiapa saja yang batuk.
Suka geleng kepala bila disuruh buat sesuatu yang dia tak nak buat.

Tapi..saya sendiri tak pasti dah boleh cakap mcm di atas tu consider lambat bercakap atau memang budak umur gini sampai situ saja percakapannya. Kata orang tua-tua, baby yang cepat berjalan, memang biasanya lambat bercakap sebab dia tumpukan pada aktiviti lain dulu. Amina memang dah berjinak-jinak untuk berjalan sejak umur 9 bulan lagi..Masuk 10 bulan dia memang dah boleh berjalan.

So bila saya google, ini info yang saya dapat. Tapi take note perkembangan setiap bayi tidak sama, so jangan bandingkan anak kita dengan anak orang lain sangat ya. Saya go thru forum susuibu juga cakap benda yang sama. 
Jangan risau sangat sampai memaksa anak kecil ni pula semata-mata sebab anak orang lain dah boleh bercakap.

Perkembangan percakapan
  Bayi baru lahir — Boleh mendengar dan membezakan sama ada bunyi datang dari kiri atau kanan. Mereka akan menggerakkan kepala ke arah sumber bunyi. Bayi anda juga sepatutnya boleh memberi tindak balas kepada bunyi perlahan. Bayi mula senyum dan menunjukkan gerak balas kepada seseorang pada umur sebulan dan mengenali suara ibu bapa pada umur satu hingga 2½ bulan
  Tiga hingga enam bulan — Bayi boleh meniru bunyi percakapan
  Empat hingga lapan bulan — Bayi menyebut satu suku kata (contoh ba, da, ga, gu)
  Lima hingga sembilan bulan — Bayi menyebut beberapa suku kata berulang-ulang (contoh bababa, lalala)
  Enam hingga 10 bulan — Bayi mula menyebut perkataan mudah yang kerap didengar (emak, ayah, tak)
  Lima hingga 10 bulan — Kebanyakan bayi boleh menyebut mama, dada — yang tidak hanya merujuk kepada ibu dan ayahnya
  Enam hingga sembilan bulan — Kebanyakan bayi boleh mengikut atau mematuhi arahan pendek yang disertakan dengan pergerakan badan atau tangan. Contohnya meminta dia memegang objek atau tangan anda. Dalam lingkungan umur tujuh hingga 11 bulan, bayi sepatutnya boleh mematuhi arahan ringkas tanpa perlu ditunjuk dengan tangan
  Tujuh hingga 12 bulan — Sudah pandai menggunakan perkataan mama, emak atau ayah dengan betul
  Sembilan hingga 14 bulan — Biasanya sudah boleh menyebut satu patah perkataan (selain emak, ayah)
  10 hingga 15 bulan — Sepatutnya bayi boleh menunjuk ke arah objek yang dikehendakinya
  11 hingga 20 bulan — Anak anda seharusnya boleh menyebut empat hingga enam perkataan (selain emak, ayah atau nama adik beradik)
  14 hingga 21 bulan — Si kecil boleh mematuhi arahan dua langkah tanpa bantuan pergerakan tangan (contoh ‘Duduk di sini dan makan’). Pada umur 14 hingga 18 bulan, dia seharusnya boleh menunjukkan dua atau lebih anggota badan dan meningkat kepada enam anggota badan pada umur 22 bulan
  16 hingga 20 bulan — Kanak-kanak boleh menyuarakan kehendaknya dalam satu perkataan (jus, susu, lagi, banyak)
  18 hingga 22 bulan — Si kecil sudah boleh menggabungkan dua perkataan atau ayat mudah seperti ‘hendak susu’ atau ‘mahu lagi’
  16 hingga 24 bulan — Kanak-kanak seharusnya sudah boleh menguasai lebih 50 patah perkataan
  19 hingga 26 bulan — Menggunakan perkataan saya, awak walaupun kadangkala terbalik. Kebanyakan kanak-kanak boleh menyebut perkataan dengan baik apabila berumur 30 bulan
  24 bulan — Percakapannya boleh difahami separuh oleh orang lain atau individu yang jarang berjumpa kanak-kanak berkenaan
  24 hingga 32 bulan — Boleh menamakan empat gambar
  26 hingga 32 bulan — Boleh bercakap dalam dua hingga tiga ayat mudah
  27 hingga 34 bulan — Boleh memahami dua arahan dalam satu ayat contohnya ‘Letak cawan di atas meja atau sebelah buku’
  29 hingga 34 bulan — Boleh menamakan dan kegunaan sekurang-kurangnya dua objek. Kanak-kanak seharusnya boleh mengenali satu warna pada umur 2½ hingga 3¼ tahun dan empat warna pada umur tiga hingga 4½ tahun
  Tiga tahun — Hampir 75 peratus pertuturannya boleh difahami orang yang jarang bertemu kanak-kanak ini. Pada umur ini mereka boleh menguasai lebih 250 perkataan. Pada umur empat tahun, percakapannya seharusnya boleh difahami sepenuhnya dan mampu menguasai 600 perkataan.

So kalau rasa anak lambat bercakap, nak buat apa?
·  Jika anda fikir anak anda lewat bercakap, bawa si kecil untuk jalani ujian pendengaran. Pada masa sama kanak-kanak yang ada masalah lewat bercakap juga perlu dirujuk kepada pakar terapi pertuturan atau pakar psikologi jika perlu secepat mungkin.
 ·  Membaca buku kepada anak, terutama buku bergambar di mana anda boleh mengajaknya untuk menunjuk atau menamakan objek. Contohnya : Flash card pun boleh gak ni.
·  Gunakan bahasa mudah apabila bercakap dengan anak, dibantu dengan gerak badan atau tangan. Tanya banyak soalan kepada anak. Pastikan anda ‘bercakap’ dengan si kecil dan bukan memberi arahan. Contohnya : saya selalu tanyakan kepada anak, “
·  Beri tindak balas segera apabila anak bercakap untuk memberi dorongan kepadanya. Contohnya : Kalau anak cakap “cat”, terus ulang “mana cat?” Nanti pasti dia tunjuk cat(kucing) di situ.
·  Ulang perkataan atau ayat anak anda dengan menambah beberapa perkataan lagi bagi memanjangkan ayat berkenaan. Contohnya : Kalau anak cakap “susu”, Tanya dia kembali, “adik nak susu?” dari 1 perkataan kan dah jadi 3 perkataan.
·  Sabar melayan anak dan jangan marah jika dia melakukan kesilapan. Beri masa untuk anak menghabiskan ayatnya.
·  Jangan paksa anak bercakap.

* contoh tu saya yang add sendiri hehe 

Rajin-rajin la sembang dengan anak, best tau! Especially bila tengok muka diorang blur saja tengah nak pick up apa kita cakap.


Thursday, June 19, 2014

Mata & Kulit Menawan dengan Carotomax

Biasa makanan apa yang sinonim dengan mata? LOBAK MERAH kan? Atau dalam bahasa orang putihnya CARROT.
Ha, nampak tak perasamaan CAROTomax dengan CARROT? Yes! Penglihatan anda masih jelas walaupun memakai kaca mata :D



1 kapsul Carotomax mengandungi 6 jenis karotenoid yang sangat diperlukan oleh badan.

Manfaat utama Carotomax :
  1. lebih selamat dari vitamin A : pengambilan vitamin A yang berlebihan boleh menyebabkan toksin, seperti yang ditemui oleh saintis pada tahun 1912.
  2. mempertingkatkan penglihatan : ia menghasilkan "ungu visual" yang membolehkan kita mengekalkan penglihatan di dalam gelap. mempertingkatkan masalah penglihatan seperti rabun malam, rabun dekat, mata kering, gegelung hitam di bawah mata dan sebagainya.
  3. meredakan penyakit kulit : pengambilan yang berterusan akan melegakan masalah kulit seperti kulit kering, kulit gugur, jerawat, acne dan lain-lain.
  4. melawan kanser dan oksidasi : pengambilan kerap beta karotena membantu mengukuhkan sistem imunisasi, melambatkan penuaan dan menyekat aktiviti bahan kanser serta menghalang pembentukan sel-sel kanser yang baru.
  5. menghalang infeksi : merangsang enzim membunuh kuman, menyekat dan mempertingkatkan kondisi penyakit sistem respiratori paru-paru seperti batuk, hepatitis, asma dan selsema.

BERMINAT UNTUK MENDAPATKANNYA PADA HARGA TERBAIK? BOLEH HUBUNGI SAYA MELALUI:
✆ SMS/WHATSAPP : 012-5166591
✍ PM/INBOX KE : http://www.facebook.com/messages/mizurasvitashop
➲ COD Area : Penang Island

➲ POS : Seluruh Malaysia

➲ FACEBOOK : Mizuras Vita Shop



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Wednesday, June 18, 2014

My BreastFeeding Journey - Tips Menjayakan Penyusuan Ekslusif

Assalamualaikum…
Ada orang yang mungkin kata, “anak baru sorang dah sibuk nak share tips penyusuan”.. hmm..sebenarnya, kalau anak dah 10 pun, tak semestinya ibu tu pandai dalam tips penyusuan kalau dia tak pernah ada pengalaman menyusukan anak secara ekslusif bukan?

So kat sini, walaupun anak saya baru setahun jagung, saya nak juga share beberapa tips & persediaan untuk penyusuan yang saya amalkan dari saat kehamilan sampai sekarang. Alhamdulillah, anak still full breastfeed sehingga sekarang usianya 14 bulan setengah.

SEMASA KEHAMILAN
  1. Tanamkan siap-siap dalam minda, hati, jiwa raga ni yang kita nak susukan anak yang dikandung tu secara ekslusif. Ekslusif tu maksudnya cukup 2 tahun paling minimum. Mindset penting tau disusuli dengan doa. Doa bahasa melayu pun ok saja. Janji doa minta Allah permudahkan niat kita nak susukan anak dengan susu terbaik dari kita.
  2. Dapatkan sokongan padu daripada ahli keluarga terutamanya suami sebab nanti nak pergi survey breast pump dengan suami, nanti suami nak belikan breast pump tu.
  3. Bagi ibu bekerja macam saya ni, bolehlah start survey breast pump via internet, kawan-kawan, family members yang dah pernah lalui zaman breastfeeding ni. Tak perlu beli lagi ya. Nama pun survey..hehe..Tapi boleh pinjam dulu breast pump dari kawan-kawan atau pusat meminjam (kat Penang ada service center yang bagi pinjam breastpump untuk try)
  4. Boleh mula baca website, blog atau mana-mana artikel pun yang berkaitan penyusuan susu ibu. Bila dah baca tu, lagi semangat & tak sabar nak menyusu tau! Nanti jap gi kat bawah ni saya bagitau topik apa yang boleh dibaca tu?
  5. Bila pergi check-up di klinik/hospital nanti, jangan lupa tanyakan dekat nurse/doktor macam mana prosedur kalau nak susukan anak nanti. Some klinik/hospital bersalin akan tinggalkan anak bersama ibu kalau kita cakap nak breastfeed, tapi some akan bawa anak ke katil ibu bila tiba waktu breastfeed. Just tanya to make sure ok!
  6. Ada website yang saya baca kata masa kandungan 7 bulan dah boleh start try pum tapi setengah web kata ada risiko (nanti kalau saya terserempak dengan web yang cerita pasal ni saya share). Saya tak buat yang ni sebab masa tu belum baca lagi info.
  7. Survey siap-siap pot nak pam susu kat tempat kerja nanti. Ada setengah company memang buat mother’s room (macam tempat keja saya), ada yang tidak. Bagi yang tidak tu, check dengan kawan-kawan di mana pot yang boleh dibuat tempat pam susu. Maybe surau, bilik meeting or pinjam bilik boss kalau boss tu kawan anda. hehe.
  8. Survey juga baby sitter yang kita nak hantar anak tu support breastfeeding ke tak? Kalau ya, sangat baguslah sebab ada juga baby sitter yang rasa susahnya nak FIFO lah, nak panaskan susu lah dll..

SEMASA KELAHIRAN
  1. Dah tanya kan sebelum ni macam mana prosedur klinik/hospital. So, jangan lupa, 2 jam pertama sangat penting. Susu paling baik di alam semesta – kolostrom warna kuning yang paling banyak khasiat untuk pertahanan badan bayi.
  2. Kadang tertanya-tanya ada ka tak susu ni? Baru saja deliver ni. Jangan risau, bagi saja baby hisap susu tu. Dia dapat sikit pun dah ok sebab perut baby masa lahir kecik sangat-sangat (saya pernah baca ni, tapi lupa di mana).

SEMASA DALAM PANTANG
  1. Ha…part ni paling mencabar. Ibu tak boleh stress ya. Say no to stress!
  2. Kerap susukan anak, tak kiralah kena bangun tengah malam ke, awal pagi ke, yang penting anak diutamakan k! Ni dinamakan SUPPLY on DEMAND. Di mana ada kemahuan (nak susu), di situ ada stock (susu badan tambah la nanti)
  3. Masa ni boleh test breast pump yang kita pinjam/sewa tu. Boleh start buat stock dah (untuk ibu bekerja terutamanya). Kalau breast pump tu sesuai, boleh suruh suami belikan jenama yang sama. Saya guna rumble tuff saja sebab tak mampu nak beli medela or spectra tu.
  4. Jangan stress kalau susu keluar 1 oz…Saya macam ni la masa mula-mula pam. Sedihnya. Terpikir dah macam mana nak susukan anak sampai 2 tahun ni. Anak pula walaupun gegirl, kuat menyusu sungguh. Lepas tu cepat-cepat tolak sedih ke tepi. Sedih kejap je cukup lah.
  5. Makan kena jaga ya. Nama pun dalam pantang kan. Jangan minum ais or apa-apa benda sejuk. Ni semua effect kat susu tau. Makan makanan panas – jintan hitam tu bagus. Minum air suam. Minum banyak air. Orang tua-tua tak bagi minum air banyak takut urat kembang, tapi Alhamdulillah, mak saya okes! Dia bagi minum air banyak baru la tak sembelit, tak dehidrat & susu pun bertambah. Sayang mak!
  6. Urut. Ni salah satu daripada cara banyakkan susu. Orang melayu kan suka urut-mengurut. Makcik urut tu nanti urut sekali urat nak lancarkan perjalanan susu tu.
  7. Kalau ada yang alami bengkak di bawah ketiak tu jangan risau. Saya ada macam tu – dua belah lagi besar!. Saya tanya nurse & doktor, diorang cakap tu kantung susu sebenarnya. Just urut situ perlahan-lahan bagi kurang. Tapi kalau teruk sangat & sakit sangat better p check ya takut ketumbuhan pula.
  8. Bengkak susu, ni kerap terjadi especially masa dalam pantang. Saya kena 3 kali! Demam, sakit badan, kat miss B tu lagi la sakit. Cara nak hilangkan : Letakkan kelopak kubis putih yang besar tu dalam freezer for a few hours, then telapkan dekat miss B yang bengkak tu. Biar saja kat situ. Rasa sejuk ja. Tak sampai sehari bengkak mesti hilang. Kalau boleh tahan sakit, susukan anak dari miss B yang bengkak tu bagi gumpalan susu terurai cepat. Ingat! Ni proses nak menyusu secara ekslusif tau. Hehe
  9. Nipple luka : ni lagi satu cabaran ibu menyusu. Luka kena tahan la sikit kan sebab masa beranak pun sakit gak. Boleh letak nipple cream (saya guna jenama Medela- p cari kat kedai jual barang baby). Tak perlu cuci nipple bila nak menyusukan anak selepas itu. Satu lagi cara, letak lebihan susu badan yang menitik tu keliling nipple. Ni pun Insya Allah sangat berkesan. Jangan serik nak menyusukan anak lagi ye. 
  10. Waktu malam direct latch atau pam. Sebelum tidur, pam dulu (kosongkan miss B). Lepas tu tidur. Bangun awal pagi maybe 4am untuk mengepam, solat sunat sikit, pastu boleh siap-siap nak pegi kerja dah. Kalau nak tau, between 12am-6am ni masa paling bagus untuk pam susu sebab masa ni hormone prolaktin (hormon penghasilan susu) tengah aktif bekerja. Rekod terbaik saya sekali pam waktu awal pagi ni dapat 10oz. hehe. Alhamdulillah. Bangga sendiri kot! Haha. Memang mengantuk, tapi pam juga. Kan nak buat stock. So jangan merungut kalau awal pagi anak nak susu. Ni waktu paling best untuk tambah susu.
  11. Minum air suam setengah jam sebelum mengepam untuk setiap sessi. Insya Allah membantu pengaliran air susu keluar dengan lebih lancar tau!
  12. Kalau rasa susu banyak tapi macam tak keluar saja bila mengepam tu, pergi ambil sikat pastu 'sikat' miss B dr atas ke bawah. Buat macam sikat rambut saja. Ni orang tua-tua punya petua tradisi. Then, boleh juga berus nipple perlahan-lahan dengan berus gigi supaya liang-liang yang tersumbat tu boleh dibersihkan. Lepas tu bila pam mesti dah mudah :)

SELEPAS PANTANG/BACK TO WORK
  1. Jangan lupa bawa pam susu lengkap dengan segala corong, paip, bekas, storage bag/bottle. Hari pertama lupa, memang nahas lah! Mesti engored punya! Teringat saya setahun lalu, hari pertama back to work, balik rumah terus demam sebab bengkak susu. Alahai..
  2. Jika ditakdirkan terlupa mana-mana satu & tak boleh nak pam dengan pam tu, guna teknik marmet ya (picit miss B dengan tangan). Janji express out juga susu tu then susu baru boleh replenish.
  3. Masa itu emas. Gunakan masa yang terluang untuk pam susu. Kalau anda hanya boleh pam waktu rehat saja, cut sikit masa makan dalam 30 minit untuk menjayakan pumping session tu.
  4. Berapa kali nak pam di tempat kerja? Paling banyak orang sempat buat 3 kali sehari saja. Kadangkala 2 kali. Ada yang sekali pun. Ni subject to your own time management. Yang penting, jangan skip mengepam kalau nak susu continue mengalir.
  5. Jangan stress kalau hasil mengepam tak seperti yang diharapkan. Buka peti ais di tempat kerja tu tengok orang lain dapat full bottle 5 oz sekali pam tapi kita 1-2 oz ja kot!.. Tak pa..banyak tu saja rezeki anak untuk hari ini. Ucapkan Alhamdulillah..Mungkin esok rezekinya lebih bagus.
  6. Minum air banyak-banyak dan continue berpantang demi menjaga kualiti dan kuantiti susu. Ais jangan sentuh lagi ya (saya dah setahun lebih tak minum ais). Makanan sejuk (spt kubis, tembikai) jangan makan lagi. Lepas few months boleh la rasa sikit.
  7. Jangan mudah terpengaruh dengan rakan-rakan yang cakap lecehlah nak pam ni, tiada masa, nak basuh itu ini. Ha, sebenarnya tak perlu pun basuh alat mengepam tu selama 24hrs guna. Letak dalam bekas kedap udara and masukkan dalam peti sejuk. Nanti nak guna lagi kan. Mudahkan sessi mengepam tu. Diorang tak tahu, memang kerjanya complaint saja :D
  8. Hasil pam saya di opis pun tak banyak mana – average sessi 1-3 biasanya dapat 4-5oz setiap kali pam. Tapi saya dah happy pun macam tu. Better than nothing kan. Sampai tahap stock susu sehari saja. Pam hari ni untuk hari esok sebab anak saya menyusu sangat dasyatnya haha. Saya tak putus asa pun.
  9. Lepas anak dah 6 bulan, dah start makan solid food, stock susu dah ok juga sebab anak dah kurang dos hihi. Dia dah kenyang makan porridge. Masa tu pulun lagi buat stock. Jangan pernah kurangkan pam/direct latch kalau anak kurang minum susu. Buat stock, kalau dah expired, buang saja. Jangan risau bazir ke apa ke sebab memang bukan rezeki nak bagi anak susu tu. Kalau tak nak bazir, donate dekat kawan yang ada masalah penyusuan ke. Tapi ingat, mesti sudi jadi ibu susuan kalau nak donate banyak-banyak ya.
  10. Supplimen. Ok, saya tak nafikan saya jatuh cinta dengan Shaklee lepas cuba set penyusuannya. Saya ambil ESP+Alfafa (set budget) sebab masa ni nak try dulu. Ye ke berkesan? Memang ya. Alhamdulillah. Dua jenis suplimen ni memang banyak membantu saya. Tapi pam/direct latch mesti tidak diabaikan ya kalau tak makan la 10 jenis suplimen pun mesti susu akan kurang juga. Suplimen ni membantu menambahkan kuantiti susu selepas semua teknik dah dicuba dengan konsisten ya.
Sekarang? Hasil sekali pam 6oz :)

Takat ni dulu la saya sampaikan tips. Oh lupa..nak google info apa kan masa tengah pregnant sampai la sekarang?
Ni di antara keyword yang boleh anda cari:
  • Teknik marmet
  • Cara simpan EBM(express breast milk)
  • Cara pilih pam susu
  • Cara banyakkan susu
  • Waktu bila sesuai untuk pam susu
  • Konsep demand vs supply
  • Artikel penyusuan yang berjaya dari seorang ibu yang zero to hero
  • Atasi bengkak susu
Mudah-mudahan memberi manfaat buat ibu-ibu sekalian. Jangan putus asa, Insya Allah hati kita Allah yang pegang. Apa kita rasa, apa kita nak, itu yang kita dapat :)

Jika berminat nak cuba suplimen untuk penyusuan dari jenama Shaklee, boleh hubungi saya di 012-5166591. Nak kongsi tips pun dipersilakan...



Akhir sekali...apa-apa yang kita lakukan mestilah dengan doa yang ikhlas, kusyuk dan percaya sebelum berjaya....

Saya dapat doa ini daripada 1 blog..



Maksudnya:

Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu". Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air. Sungguh tiap-tiap suku telah mengetahui tempat minumnya (masing-masing)[55]. Makan dan minumlah rezki (yang diberikan) Allah, dan janganlah kamu berkeliaran di muka bumi dengan berbuat kerusakan.

Cara-cara mengamalnya:
  • Berdoa: “Ya Allah permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk anakku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menurut segala yang telah Engkau syariatkan. AMIN”
  • Baca Salawat Nabi dan Bismillah sebelum menyusu dan mengepam.
  • Baca Surah Al Baqarah ayat 60 dan letakkan tangan pada payudara, usap, dan doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak aku supaya aku mampu keluarkan susu yang cukup pada anak aku sehingga sekurang-kurangnya umurnya 2 tahun. InsyaAllah

sumber doa dari : http://buff.ly/TLnutj


Tuesday, June 17, 2014

Anda diserang gastrik lagi? Jom elakkannya dengan Shaklee

Apa itu Gastrik?

Gastrik terbahagi kepada 2 jenis :

  1. Gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut) 
  2. Ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis)

Bagaimana gastrik terjadi?
Secara semula jadi, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik (dengan pH 1 - pH 2) yang berfungsi mencerna makanan. Asid hidroklorik ini kuat dan jika terkena tangan, kulit akan terhakis. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik ini. Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk dicernakan. 

Gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik (terlalu banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah). Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah, ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.

Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut.
Jika sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa yang sudah lemah.


Tanda-tanda Gastrik
  • Sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen)
  • Rasa senak, berangin atau pedih
  • Rasa tidak selesa
  • Kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan
  • Rasa mual (loya) dan muntah
  • Hilang selera makan
  • Berat badan turun (pada peringkat teruk)

Jika sampai peringkat teruk, ulser perut menyebabkan pendarahan dan ia boleh dilihat dalam 2 bentuk iaitu :

  • Najis menjadi hitam seperti tar
  • Muntah mengandungi darah atau berwarna gelap seperti kopi


Siapa yang berisiko terkena gastrik?
  • Individu yang kerap mengambil ubat tahan sakit dalam tempoh lama seperti ubat anti keradangan bukan steroid (NSAID). Ini termasuk aspirin (yang diambil pesakit jantung untuk mencairkan darah)
  • Individu yang merokok dan banyak minum minuman keras. Asap rokok dan alkohol boleh memberi kesan negatif dan mencederakan lapisan pertahanan (lapisan mukosa)
  • Individu yang banyak mengalami tekanan sama ada tekanan kerja, peribadi, sosial 
  • Individu yang mendapat jangkitan kuman yang teruk seperti pesakit yang baru menjalani pembedahan besar kerana pembedahan juga adalah satu bentuk tekanan kepada badan
  • Individu yang suka mengambil ubat tradisional, terutama yang mengandungi akar kayu. Ia termasuk ubat tradisional Cina dan Melayu kerana kebanyakan ubat tradisional dicampur steroid supaya ia lebih berkesan dan mujarab.
  • Jangkitan bakteria Helikobakter pilori (H pilori). Bakteria ini berupaya melemahkan lapisan mukosa melalui 2 cara iaitu :

    i) Bakteria H pilori menghasilkan enzim urase yang memecah atau menguraikan urea kepada ammonia. Ammonia ini bahan toksik yang boleh menjejaskan lapisan mukosa. Kehadiran banyak ammonia melemahkan lapisan pertahanan yang menyebabkan asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan mengakibatkan keradangan

    ii) Bakteria H pilori mempunyai bentuk berpilin (berlingkar). Jadi ia boleh membuat lubang pada lapisan mukosa (seperti lubang cacing) yang akhirnya melemahkan lapisan pertahanan ini

Rawatan

1) 3 jenis ubat untuk gastrik:
  1. Antasid - bertindak memperbaiki dan memberi lapisan tambahan kepada lapisan pertahanan (mukosa) yang diambil 3 kali sehari
  2. Antagonis H2 - berfungsi mengurangkan rembesan asid. Ubat antasid dan antagonis H2 diberi untuk gastritis
  3. Perencat pam proton (PPI) - bertujuan mengurangkan rembesan asid dengan lebih berkesan; biasanya diberi kepada pesakit yang alami gastritis teruk atau ulser perut
Mengapa perlu menghabiskan ubat? Ubat diberi sebenarnya membantu memulihkan lapisan pertahanan dalam perut dan ia mengambil masa 2 minggu untuk kembali normal. Memberhentikan pengambilan ubat selepas 3 atau 4 hari bermakna anda sengaja mengundang gastrik untuk datang balik.

Malah lebih baik jika pesakit jalani pemeriksaan teropong perut (endoskopi) untuk mengetahui tahap masalah dan melihat sama ada pesakit mengalami jangkitan bakteria H pilori bagi menentukan jenis ubat yang sesuai.



2) Ubah Gaya Hidup
  • Berhenti merokok dan minum minuman beralkohol
  • Hentikan pengambilan ubat tahan sakit
  • Amalkan pemakanan sihat dan makan secara teratur (sarapan, makan tengah hari dan malam). Pada bulan puasa, kena bangun sahur dan sebaiknya melewat-lewatkan bersahur
  • Makan sedikit-sedikit tetapi kerap
  • Kurangkan makanan berempah, bercili, masam
  • Kurangkan minuman mengandungi kafein (kopi, teh dan minuman berkarbonat)
  • Ambil susu kerana sifat susu yang beralkali boleh mengurangkan keasidan perut
  • Kurangkan pengambilan makanan yang disifatkan berangin. Jenis makanan ini berbeza antara individu dan ubah suai mengikut keperluan masing-masing

Tertanya-tanya adakah produk Shaklee yang membantu masalah gastrik?
Pastinya ada! Jom kita lihat :

1) ESP - Soy Protein Isolate
  • Kacang soya yang merupakan kandungan utama dalam ESP ialah tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan di dalam perut. 
  • ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pecernaan makanan.
  • ESP membantu sebagai minuman penyelamat buat mereka yang tidak sempat untuk makan pada masa yang sepatutnya kerana ia memberikan rasa kenyang untuk tempoh yang lama.
2) OsteMatrix
  • kapsul kalsium yang juga mengandungi magnesium dan vitamin D yang bersifat alkali baik untuk mengurangkan keasidan perut.
  • salah satu punca terjadinya gastrik adalah disebabkan oleh kekurangan kalsium dalam badan.
3) Peppermint Ginger Plus
  • mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk melegakan ketidakselesaan perut serta membuang angin di dalam badan. 
  • sesuai dimakan dalam bentuk tablet atau pun dihancurkan di dalam air panas dan diminum seperti teh herba. 
4) B Complex
  • Bertindak sebagai penenang kepada pesakit gastrik selain membantu mengatasi sakit gastrik.
  • Berlainan dengan pain killer yang bersifat sementara, b complex membantu melengkapkan keperluan harian sistem tubuh dan fungsi saraf supaya berfungsi dengan baik.



BERMINAT UNTUK MENDAPATKANNYA PADA HARGA TERBAIK? BOLEH HUBUNGI SAYA MELALUI:
✆ SMS/WHATSAPP : 012-5166591
✍ PM/INBOX KE : http://www.facebook.com/messages/mizurasvitashop
➲ COD Area : Penang Island

➲ POS : Seluruh Malaysia

➲ FACEBOOK : Mizuras Vita Shop



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



sumber : http://buff.ly/1iDetZS


Wednesday, June 4, 2014

Vita E Complex Shaklee : Berkhasiatkah kandungannya?


Anda tahu tak apa yang anda makan? Jom kenali kandungan vitamin E dari Shaklee yang merupakan vitamin E paling lengkap dalam pasaran.


  • Minyak kacang soya.
  • Minyak biji gandum yang kaya dengan Vitamin E.
  • 8 jenis Vitamin E (d-alpha,beta,gama,delta).
  • 65 mcg selenium.
  • Ekstrak biji anggur.

Minyak Kacang Soya




  • Membantu peredaran darah
  • Menghapuskan kesan-kesan keracunan makanan
  • Meredakan demam


Minyak Biji Gandum (Wheat Germ Oil)





  • dibuat daripada ekstrak minyak mentah yang diperoleh dari biji gandum.
  • fungsi utama : meningkatkan peredaran darah dan meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan saraf serta memulihkan kesihatan secara keseluruhan .
  • adalah sumber paling kaya dengan vitamin E berbanding minyak sayuran lain.
  • merupakan perangsang kesuburan disebabkan oleh tingginya kandungan vitamin E. Vitamin E sendiri mendapat nama ilmiah, yang disebut tokoferol, yang bermakna "untuk mendatangkan keturunan".
  • juga memberi manfaat dalam meningkatkan fungsi kardiovaskular (jantung & salur darah)


Ekstrak biji anggur




  • Ekstrak biji anggur mengandungi pelbagai khasiat kesihatan iaitu protein, lipid, karbohidrat dan polifenol.
  • Kuasa antioksidan polifenol adalah 20 kali lebih baik dari vit E dan 50 kali lebih baik daripada vitamin C . 
  • Amat berkesan mengatasi masalah kanser.
  • Amat baik untuk awet muda dan untuk memelihara kecantikan.
  • Terbukti berkesan menguatkan sistem imun badan, menurunkan paras kolestrol, menghalang pembentukan darah beku, melegakan masalah berpunca daripada urat timbul. 
  • Melambatkan penuaan.

Salah satu phenol yang ditemui dalam biji anggur ialah OPC (oligomeric Proanthi Cyanidin). Ia lebih tulen berbanding kumpulan fitonutrien yg lain).

Fungsi OPC : memelihara tubuh dari penuaan sebelum masanya, terikat dengan kolagen, membantu kulit lebih elastik serta membuatkan seseorang nampak muda secara semulajadi.



Selenium




Ramai yang tidak tahu apakah selenium dalam vitamin E ini? Apakah fungsinya? Hasil pembacaan saya merumuskan selenium seperti berikut:

Selenium:
  • adalah unsur kimia dengan nombor 34 dan mempunyai symbol [Se].
  • hanya diperlukan dalam kuantiti yang sedikit tetapi memainkan peranan penting untuk kesihatan kita. 
  • tidak boleh dihasilkan sendiri oleh badan dan perlu diambil dari sumber luar.
  • penting untuk melawan penyakit seperti kanser & sakit jantung.
  • terdapat dalam sumber makanan seperti kacang/walnut Brazil,tuna, ikan kod, daging ternakan, sumber kaya protein, bijirin, jagung, tomato tetapi selenium mungkin akan musnah apabila makanan dimasak.
  • terlibat dalam metabolisme prostaglandin yang digunakan oleh tubuh dalam pelbagai cara.
  • menyahtoksin bahan-bahan merbahaya dalam badan seperti merkuri.

Fungsi Selenium

  • mencegah 'oxidative stress' - iaitu tekanan yang berpunca daripada ketidakseimbangan akibat daripada molekul-molekul oksigen menjadi terlalu aktif sehingga merosakkan sel-sel lain di sekitarnya. Contoh penyakit yang mungkin timbul ialah penyakit jantung dan rheumatoid arthritis (RA).
  • menyokong kelenjar tiroid - membantu kelenjar tiroid menghasilkan hormon yang paling aktif & menetapkan jumlah hormon yang dihasilkan.
  • pencegahan kanser - selenium dilihat mampu mencetuskan pembaikan kepada DNA & sintesis sel-sel yang rosak, menghalang perkembangan sel kanser daripada membiak. Seorang penyelidik bernama Margaret Karagas dari Cancer Preventation Research yang pernah dimuat dalam jurnal American Assosoation for Cancer Research (2008) menunjukkan bahawa selenium juga dapat mencegah penyakit jantung dan kanser.
  • menjaga kesihatan otak & mempengaruhi mood kitakajian dilakukan oleh Wayne Chris Hawkesa pada tahun 1998 terhadap dua kumpulan selama 15 minggu. Kumpulan pertama diberi diet kaya selenium manakala kumpulan kedua diberi diet rendah selenium. Pada akhir percubaan kelihatan bahawa kumpulan pertama menunjukkan mood yang baik, lebih ceria, fikiran lebih cemerlang, mudah menerima, lebih percaya diri dan lebih bersemangat. Sebaliknya, kumpulan kedua menunjukkan perilaku kemurungan, lebih suka marah, fikiran bingung, tidak ghairah dan bahkan orang yang kandungan seleniumnya paling rendah dalam darah menunjukkan mood yang paling buruk di antara sampel lain, sehingga mengarah pada tahap kemurungan. Hal tersebut jelas membuktikan bahawa selenium mempunyai peranan yang penting dalam menentukan keadaan "mood" kita. 
  • mencegah penuaan awalBersama vitamin E, selenium dapat mempertahankan keanjalan rangkaian sel yang penting untuk mencegah penuaan awal.


Sekarang, anda dah tahu kan kenapa Vita E Complex Shaklee menjadi pilihan & kegilaan ramai lelaki & wanita untuk sihat, cantik & muda remaja?


BERMINAT UNTUK MENDAPATKANNYA? BOLEH HUBUNGI SAYA MELALUI:

✆ SMS/WHATSAPP : 012-5166591
✍ PM/INBOX KE : http://www.facebook.com/messages/mizurasvitashop
➲ COD Area : Penang Island

➲ POS : Seluruh Malaysia

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

sumber : http://buff.ly/1jQ29VA , http://buff.ly/1jQ2c3B , http://buff.ly/1o8zjpj

Monday, June 2, 2014

Vitamin untuk Jerawat? Jom baca!

Haa...stress kan kalau ada jerawat? Nak keluar rumah pun rasa malas!
Bila keluar, orang keliling pandang saja..(tapi kekadang saja pun orang pandang, selebihnya kita yang terperasan sendiri sebab muka dah penuh jerawat. hikhikhik)

Nak tahu tak konsisten amalkan vitamin pun boleh bantu kurangkan jerawat tau. Jom kita baca vitamin apa yang boleh dibantu.



Vitamin A

  • biasanya dijumpai dalam retinoid. Retinoid ini selalunya diberikan oleh dermatologist kepada mereka yang mengalami masalah jerawat (menurut mayoclinic.com).
  • membantu kekalkan pori yang sihat dan bersih.
  • sumber vitamin A : produk tenusu atau minyak ikan juga bagus untuk jerawat (menurut laman web Acne).
  • kekurangan vitamin A boleh menyebabkan masalah jerawat.
Vitamin B
  • vitamin B2 sangat membantu mengatasi tekanan (stress) yang merupakan salah satu punca terjadinya jerawat.
  • sumber makanan vitamin B2 : daun hijau, daging, susu, telur, ikan & bijirin.
  • vitamin B3 membantu pengaliran darah, mengurangkan kolesterol dan membantu metabolisma protein, lemak dan gula.
  • sumber vitamin B3 : kekacang, telur, avokado.
  • pengambilan vitamin b complex yang mencukupi akan membantu tona kulit yang lebih cerah & sekata.
Vitamin C
  • vitamin C bersama-sama anti oksida bioflavonoids membantu fungsi metabolisma dalam badan (menurut Vitamin-Nutrition).
  • vitamin C amat penting untuk pembaikan selular, melawan jangkitan dan meningkatkan sistem imun badan.
  • bioflavonoids penting sebagai anti bakteria dalam badan.
  • untuk melawan jerawat, seseorang itu perlukan 1000mg vitamin C sehari.
Vitamin E
  • anti oksidan yang membantu melawan radikal bebas yang boleh merosakkan sel-sel kulit.
  • vitamin E membantu mempercepatkan pemulihan dan membaiki struktur kulit.
  • sumber vitamin E : kekacang, almond, biji bunga matahari, brokoli atau mengambil 400IU sehari vitamin E untuk melawan jerawat.
Zink
  • merupakan mineral yang penting bagi penyembuhan kulit & parut daripada jerawat.
  • bertindak sebagai anti oksidan yang membantu melawan radikal bebas.
  • kekurangan zink boleh menyebabkan terjadinya jerawat.
  • sumber zink : telur, cendawan, kekacang, bijirin.
Kromium
  • merupakan mineral yang membantu mengurangkan infeksi pada kulit.
  • makan makanan yang banyak gula akan menyebabkan kehilangan kromium dalam badan.
  • dos yang dicadangkan 150mcg untuk melawan jerawat.


Jika anda berminat untuk mencuba produk Shaklee, inilah dia produk yang membantu masalah jerawat dalam Shaklee.
Vitamin A : Carotomax
Vitamin B : B Complex with Folic Acid
Vitamin C : Sustained Release Vita C Plus
Vitamin E : Vita E Complex
Zink : Zinc Complex
Kromium : Vita-Lea with Iron Formula

sumber: http://buff.ly/1pL5dr2


BERMINAT UNTUK MENDAPATKANNYA PADA HARGA TERBAIK? BOLEH HUBUNGI SAYA MELALUI:
✆ SMS/WHATSAPP : 012-5166591
✍ PM/INBOX KE : http://www.facebook.com/messages/mizurasvitashop
➲ COD Area : Penang Island

➲ POS : Seluruh Malaysia

➲ FACEBOOK : Mizuras Vita Shop



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...