Tuesday, July 22, 2014

5 TIPS DIET HARI RAYA

Fuh diam tak diam, 5 hari jer lagi Insya Allah kita nak menyambut Hari Raya Aidilfitri kan!

Musim raya pun nak kena diet ker?
Eh, mesti....bukan diet sebab nanti jadi gemuk saja, tetapi diet sebab nak elakkan jatuh sakit juga tau.


Jom kita layari 5 tips hebat diet hari raya dari pakar health & fitness kita, sedara Kevin Zahri.




  1. KAWAL NAFSU MAKAN 
    Hohoho!! Ni yang susah kan? Mana taknya, ketupat, rendang, lontong, bihun sup, biskut raya semuanya yummilicious!!
    Ok, sebelum mula menjamu selera, ronda-ronda dulu sekeliling (kawasan open house) atau pun ronda-rondakan mata anda dulu tengok seluruh meja ada hidangan apa. Bila dah tengok tu, baru buat keputusan makanan mana yang anda betul-betul berminat untuk mencuba, yang lain-lain tu ambil bau pun dah kenyang hehe. Lepas tu makan biar bersederhana dan perlahan-lahan ya. Jangan makan macam dah sebulan tak jumpa makanan! No No No! Tercekik nanti siapa yang susah? err..

  2. MINUM AIR SECUKUPNYA
    Asyik makan saja, sampai terlupa nak minum air. Sembelit siapa nak jawab? Sendiri jawab huhuhu.. Jadi, bila makan banyak, air pun minum la secukupnya ya. Seperti biasa 2L-3L sehari. Makan makanan yang berserat tinggi pun sangat membantu.
  3. KURANGKAN PENGAMBILAN MAKANAN/MINUMAN BERLEMAK, MANIS, MASIN, BERKARBONAT
    Nama pun raya, makanan mesti lemak berkrim, air manis-manis belaka seperti cik yang buat air tu, ada pula yang termasin lebih....tak kurang juga yang menjamu tetamu dengan minuman dalam tin dan air bergas kan??! Cuba elakkan makan makanan/minuman sebegini dengan jumlah yang banyak. Nanti tak pasal-pasal lepas raya diabetik & sembelit pula kerana makanan sebegini boleh menyebabkan sistem penghadaman terganggu.
  4. TERUSKAN MAKAN KURMA
    Kurma bukan saja sesuai di bulan Ramadhan ya malahan sesuai pada bila-bila masa saja. Cuba ambil kurma sebelum pergi bersembahyang raya. Digalakkan juga mengambil susu rendah lemak, roti gandum serta sepotong buah-buahan sebagai sarapan ringan sebelum menjamu selera dengan segala macam juadah hari raya seperti ketupat dan rendang.
  5. AMALKAN MAKAN BUAH/SAYUR
    Walaupun hari raya, jangan dilupakan buah-buahan dan sayur-sayuran. Bila sudah penat makan ketupat dan rendang, berehatlah..makan pula buah serta sayur pada waktu malam. Kedua-duanya sangat membantu sistem pencernaan anda setelah 'penat' makan pelbagai juadah pada siang hari tadi :)
Sekian dulu..Mudah-mudahan kita masih lagi menjalani pemakanan yang sihat walaupun di hari yang mulia ini.
Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada saya.

Produk pecah lemak dari Shaklee:
LECITHIN



Tuesday, July 8, 2014

22 Cara Pemakanan Rasulullah S.A.W

Jom kita amalkan adab makan dan minum cara Rasulullah SAW :)






1.Suka minum susu.


Merupakan makanan kegemaran Rasulullah SAW. Susu kaya dengan protein, kalsium, vitamin A dan B. Zat protein berkualiti tinggi penting untuk membina tisu badan serta crucial untuk pembentukan antibodi melawan penyakit. Zat Kalsium dalam susu pula mudah diserap oleh badan dan kita semua tahu kalsium memang penting untuk pembinaan gigi dan tulang.

2. Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda memakan daging, ayam ataupun ikan.


Nabi Muhammad SAW pernah melarang para sahabat daripada makan ikan bersama susu. Dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai di mana dalam badan ayam ion+(Positive Ions) sedangkan dalam makanan laut mempunyai ion-(Negative Ions), jika kedua-dua jenis makanan ini bercampur maka akan terjadinya tindak balas biokimia yang aktif dalam tubuh sekali gus mampu menyebabkan perut dan usus rosak dengan teruk

3. Rasulullah SAW melarang meminum susu bersama cuka.


Cuka boleh merencatkan penyerapan protein susu dan kemasaman nya boleh menghakis perut melalui tahap keasidannya lama kelamaan boleh menyebabkan gastrik.

4. Rasulullah SAW tidak makan ikan bersama daging, telur atau daun salad.


Dalam Kitab Al-Quran ada melarang manusia untuk makan makanan darat bercampur makanan laut misalnya memakan nasi berlaukkan tom yam dan lauk kenduri. Haiwan di laut dan di daratan mengandungi cas ion yang berbeza, kalau kita campurkan juga, sistem usus dalam perut kita akan rosak. jadi, ia bakal mengundang penyakit dan membahayakan kesihatan.

5. Rasulullah SAW memakan buah-buahan terlebih dahulu.


Makan buah sebelum makan (1/2 jam sebelum makan nasi). Kita tak sepatutnya makan buah selepas makan nasi. Buah-buahan mengandungi serat/fibre yang tinggi. Apabila kita makan buah sebelum makan nasi, secara automatik perut kita telah penuh dengan serat. jadi, kita tak akan makan nasi dalam kuantiti yang banyak..

6. Rasulullah SAW biasa memakan bijirin seperti Habbatus Sawda’, barli dan oat.


Menurut Bukhari-Muslim, Nabi SAW bersabda:

Al-Habbah Al-Sawda’ mempunyai ubat bagi segala penyakit kecuali mati.


Pemakanan berasaskan bijian-bijian sememangnya berkhasiat kerana ia kaya dengan bahan phytonutrients. Phytonutrients adalah sejenis antioksidan yang berkuasa tinggi yang mampu meningkatkan sistem pertahanan badan, menyihatkan jantung, mengawal penyakit kencing manis dan kegemukan melampau serta juga mampu mencegah kanser.

7. Baginda SAW juga memakan roti yang diperbuat daripada gandum asli.


Gandum sempurna mempunyai perbezaan berbanding tepung gandum proses kerana ia mengandungi kadar protein, serat dan vitamin E tinggi yang mengurangkan risiko penyakit jantung dan merendahkan kadar kolesterol. Roti gandum mengandungi karbohidrat di mana setiap individu memerlukan 50 hingga 60 peratus karbohidrat setiap hari untuk membekalkan tenaga dan juga mempunyai zat-zat logam yang lain, vitamin dan serat untuk kepentingan kesihatan manusia.

Mengikut riwayat oleh Bukhari dan Muslim, Aisyah berkata,

Keluarga nabi tidak pernah kenyang dengan memakan roti gandum dua hari berturut-turut dan (pada hari mereka tidak memperoleh roti) mereka memakan tamar.

8. Buah tamar (kurma)


Sememangnya sinonim dalam kehidupan Rasulullah SAW, ia dianggap sebagai makanan yang sempurna kerana ia mengandungi pelbagai khasiat yang diperlukan untuk kesihatan manusia. Kandungan serat yang tinggi dan lemak yang rendah serta gabungan beberapa zat lain yang terkandung di dalam buah tamar menyebabkan ia amat berkhasiat dan sentiasa digemari dan menjadi hidangan penting bagi nabi dan keluarga. Manakala buah tamar pula mempunyai unsur- unsur seperti karbohidrat, protein, serat, lemak serta zat logam yang lain untuk melengkapkan lagi hidangan tersebut. Ada sejarah di mana, seorang wanita Yahudi telah meletakkan racun dalam makanan Rasulullah SAW, dan ternyata bisa racun itu dapat di neutralkan oleh khasiat yang terdapat di dalam kurma yang dimakan oleh Baginda SAW. Sebab itulah Rasulullah SAW mengibaratkan orang yang tidak mempunyai kurma di rumahnya sebagai orang miskin.

Bukhari dan Muslim meriwayatkan; bahawa Aisyah berkata,

Ada ketikanya dapur rumah kami tidak berasap selama sebulan. Yang ada (untuk dijadikan makanan) hanyalah buah tamar dan air. Melainkan kadangkala diberikan kepada kami sedikit daging.

9. Nabi SAW juga memakan buah-buahan lain seperti tembikai.


Sehubungan dengan ini, Abu Daud dan Tirmizi meriwayatkan bahawa Aisyah pernah berkata, Rasulullah pernah memakan buah tembikai bersama-sama dengan buat tamar basah. Tembikai mengandungi 92 peratus air dan 8 peratus gula serta mengandungi antioksidan yang disebut lycopene yang mampu mencegah daripada pelbagai penyakit terutamanya kanser.

10. Rasulullah SAW juga menggemari sayuran dari jenis mentimun.


Mentimun kaya dengan air justeru ia menyejukkan badan. Di samping itu, mentimun juga mengandungi vitamin C yang mampu meredakan radang kulit dan juga mengandungi silika. Silika merupakan unsur penting yang diperlukan bagi menjamin kesihatan sistem saraf yang melibatkan otot, tendon, ligamen dan tulang. Oleh kerana mentimun mengandungi banyak air, maka pengambilannya dengan makanan yang berserat merupakan satu langkah yang baik kerana ia akan memberi manfaat yang lebih berkesan kepada kesihatan tubuh badan.

11. Nabi SAW juga menggalakkan pengambilan madu.

Baginda SAW mengamalkan minum air sejuk yang bercampur sedikit madu setiap pagi. Ia menghindar daripada segala penyakit. Madu kaya dengan gula(yang sihat), sedikit air, vitamin dan mineral penting untuk kesihatan badan. Dari segi sudut kesihatan, madu dikatakan berfungsi untuk membersihkan lambung, mengaktifkan usus, menyembuhkan sembelit dan keradangan.

Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya ada ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Rabb) bagi orang yang memikirkan–(An-Nahl: 68-69)

12. Rasulullah SAW sentiasa mengamalkan banyak meminum air.

Dengan meneguk perlahan-perlahan sambil memegang gelas dengan tangan kanan dan melarang bernafas atau menghembus ke dalam air tersebut. Hal ini kerana udara yang sengaja dibuihkan dalam air itu mungkin mengandungi kuman dan bakteria yang berbahaya kepada kesihatan.

Minum sebaik-baiknya sebelum makan. Jangan meneguk air ketika sesi menjamah makanan, minum lah air jika tersedak, berasa kekeringan ataupun setengah jam sesudah makan, hal ini makan melancarkan selera makan serta mengelakkan dari terkena penyakit kembung air. Meminum air sekurang-kurangnya setengah jam sesudah makan dapat mengembalikan tenaga yang hilang pada kadar tempoh yang lama serta mengembalikan keserian wajah dan awek muda.

13. Rasulullah SAW melarang manusia makan dengan banyak dan melampau.

Diriwayatkan bahawa para sahabat berkata dari Rasulullah SAW:

Kita (kaum muslimin) adalah kaum yang hanya makan bila lapar dan berhenti makan sebelum kenyang.
Sebaliknya manusia itu hanya perlu makan ketika ia lapar dan berhenti sebelum ia kenyang. Baginda SAW meminta seseorang itu untuk mengisi 1/3 daripada ruang perutnya dengan air, 1/3 dengan makanan dan selebihnya dengan ruang kosong (udara).


14. Rasulullah SAW juga menyuruh menjamah secubit garam sebelum makan untuk menolak 70 macam penyakit dan ambil secolek lagi dengan jari manis tangan kanan setelah makan.


15. Baca bismillah dan berdoa sebelum dan setelah makan. 
Cucilah tangan juga sebelum dan selepas makan.
– Doa sebelum makan;
اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَأَطْعِمْنَا خَيْرًا مِنْهُ
“Ya Allah berkatilah kami padanya (makanan kami) dan kurniakanlah kami makanan yang lebih baik darinya.
Dari Muad bin Anas r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang selesai makan, kemudian menyebut, ‘Alhamdulillah- illazi ath’amani haaza, wa razaqanihi min ghairi haulin minni wa la quwwatin’, akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR Tirmidzi)

16. Nabi SAW juga mengajar untuk kita makan dengan tangan kanan tanpa sudu, garfu ataupun chopstick. 

Dari Jabir r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Jangan engkau makan dengan (tangan) kirimu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan (tangan) kirinya.” (HR Muslim)
Apabila selesai hendaklah dijilat jari-jari tersebut. Ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzim sejenis alat percerna makanan tanpanya makanan tidak hadam).

“Dan janganlah ia mengelap tangannya dengan mindil/tuala hendaklah ia menjilati tangannya, kerana seseorang itu tidak mengetahui pada makanannya yang mana yang mengandungi berkat untuknya, sesungguhnya syaitan itu selalu mengintai untuk merampas harta manusia dari segala penjuru sehingga di tempat makannya. Dan janganlah ia mengangkat shahfahnya (bekas makanan) hingga menjilatinya dengan tangan, kerana sesungguhnya pada akhir makanan itu mengandung berkat.” (Kitab Silsilah hadits-hadits shahih no. 1404).
Berkata Imam Nawawi, tentang makna kalimat “Pada makanannya yang mana yang diberkahi.” Ia berkata: Sesungguhnya makanan yang dihidangkan untuk manusia itu mengandung berkat, sedang dia tidak mengetahui apakah berkat itu pada makanan yang ia makan atau pada sisa makanan yang melekat di tangannya atau pada sisa makanan di dalamshahfah atau pada suapan yang jatuh. Demikian hendaklah ia menjaga semua itu agar selalu mendapat berkat. (Fathul Bari 9/578).

17. Sebaiknya kita yang menunggu makanan dan bukan makanan yang menunggu kita. Makan dan minum perlulah dalam keadaan duduk tidak berdiri, baik sekali makan keadaan duduk dengan menegakkan sebelah lutut sambil menekan perut. Hikmahnya dapat mengawal kuantiti makanan di samping mengatasi kembung dan senak perut.

18. Makan berjamaah bersama keluarga atau sahabat.
Berkenaan dengan seseorang yang datang kepadanya dan Rasulullah SAW bersabda; “Wahai Rasulullah, kami ini setiap kali makan tidak pernah kenyang.” Maka Rasulullah berkata: “Pasti masing-masing kamu makan sendiri-sendiri.” Orang itu menjawab: “Benar, Ya Rasulullah!” Rasulullah berkata: “Berjamaahlah dalam menyantap makananmu.”

19. Rasulullah SAW melarang meninggalkan makan malam.
Sesiapa yang meninggalkan makan malamnya, dia akan mempercepatkan tua sebelum masanya kerana keasidan serta tahap kolestrol dalam darah dan badannya akan berganda. Makanlah sekadar mengisi perut (bukan kenyang) walaupun dengan sebiji kurma untuk proses penghazaman dan proses metabolisma gizi-gizi makanan ke saluran bahagian lain sebab semasa tidur pertumbuhan badan kita akan menentukan tahap kesihatan kita.
Masa bayi terbukti prosesnya, masa dewasa ianya statik tetapi memperbaiki mana-mana unit dalam badan kita dapat difungsikan dan kerana itu kadang lepas bangun tidur seseorang merasa segar dan bertenaga.
Para penzuhud berpendapat makan malam mampu memberi tenaga untuk berqiam malam untuk beribadat.

20. Elakkan kekenyangan sebelum tidur 

Kerana ia berperangai seperti Firaun di samping mudah dipengaruhi syaitan.  Suatu ketika Nabi Yahya a.s. berbual dengan iblis; Berkata iblis: “Ya ada, kadang-kadang kamu kenyang, lalu aku membuat kamu merasa berat untuk bersolat dan berzikir”.
Dari segi kesihatan pula adalah tidak digalak makan sekurang kurang 2 jam sebelum tidur kerana tidur dengan kekenyangan boleh memudaratkan sistem tubuh badan. Makanlah sebelum jam 9.00 malam dan jika lapar selepas makan berat awal, pada jam 6-7 malam, ambillah hanya sedikit makanan sekurang-kurangnya 2 jam sebelum masuk tidur.
21. Berpuasa selama sebulan pada bulan Ramadhan dan disunatkan berpuasa pada hari-hari tertentu 

Ia boleh menjamin kesihatan yang berkekalan sepanjang hayat. Apabila bersahur, minumlah sekurang-kurangnya segelas air sejam sebelum solat subuh dan selewat-lewatnya 10 minit sebelum masuk waktu imsak. Ini adalah perlu bagi menjamin kekuatan sewaktu menjalani ibadah puasa. Manakala apabila berbuka puasa pada waktu Maghrib, perlu disegerakan dengan memakan 3 biji kurma atau manisan dan segelas air terlebih dahulu.

22. Islam melarang penganutnya untuk meminum arak, memakan babi dan anjing serta keluarganya, binatang dan tumbuhan yang beracun, berbisa dan berbahaya. Dilarang juga memakan najis, (darah, nanah, air mazi dan sebagainya) serta serangga yang hidup melata, jijik lagi beracun.

Moga-moga kita sentiasa menjaga adab & cara pemakanan kita.
Selamat berubaha :)




sumber : http://buff.ly/1ijn7Ss

Monday, July 7, 2014

Masalah Penyusuan Utama

BENGKAK SUSU


Punca :

  • Ibu jarang menyusukan bayi.
  • Ibu mengehadkan masa penyusuan atau penyusuan yang terlalu singkat.
  • Tidak menyusukan pada waktu malam.
  • Hisapan kurang efektif.
  • Bercerai susu.
  • Ibu mula memberi anak minuman lain pada awal kelahirannya.
  • Ibu mengalami tekanan, tidak mendapat sokongan, letih, takut, enggan menyusu kerana ditolak oleh bayi.
  • Memberi bayi puting kosong.
  • Rutin hospital yang tidak menyokong penyusuan susu ibu di mana memisahkan ibu dan anak sebaik dilahirkan serta lewat menyerahkan bayi kepada ibu untuk disusukan.
  • Pemberian susu formula sebaik dilahirkan.



Simptom pada payu dara :

  • nampak berkilat
  • sakit
  • tegang
  • kerasa
  • rasa agak panas bila dipegang
  • keadaan puting agak leper, bengkak, merekah
  • kedudukan semasa menyusu tidak betul


Rawatan :

  1. Betulkan posisi semasa mendakap bayi untuk disusukan.
  2. Menyusukan bayi dengan kerap tanpa had siang dan malam (sekurang-kurangnya 8-12 kali termasuk dua kali sebelah malam).
  3. Perah susu jika berpisah sekurang-kurangnya enam kali sehari dan sekali pada waktu malam.
  4. Kejutkan bayi yang sedang tidur untuk menyusu sekurang-kurangnya tiga jam sekali.
  5. Tuam dan urut perlahan-lahan payu dara sebelum menyusukan.
  6. Mula menyusukan sebaik merasa payu dara keras dan penuh.
  7. Biarkan bayi menyusu di payu dara pertama sebelum bertukar pada payu dara kedua.
  8. Minta bantuan suami atau sesiapa untuk mengurut bahagian tengkuk sebelum menyusukan bayi.

SALURAN SUSU TERSUMBAT


Biasa terjadi apabila menyusukan bayi. Satu atau lebih saluran susu tersumbat.

Simptom :
  • payu dara kelihatan biasa saja tetapi apabila disentuh, ada ketulan di bahagian tertentu dan terasa sakit.
  • payu dara kelihatan kemerah-merahan daripada normal.
  • ibu tidak demam cuma mungkin selsema.

Rawatan :
  1. Membetulkan posisi dan dakapan untuk memastikan pengaliran susu yang lebih efektif
  2. Urut perlahan-lahan di sekitar payu dara dengan telapak tangan
  3. Elak tidur meniarap dan memakai pakaian baju dalam ketat.
  4. Rehat bersama bayi di atas katil dan kerap memberi bayu menyusu setiap 2-2 1/2 jam sekurang-kurangnya.
  5. Makan dengan sempurna dan minum air secukupnya.

MASTITIS


  • Mastitis tidak berjangkit - Berlaku kerasan susu keluar dari saluran tisu atau alveoli, biasanya berlaku kerana bengkak susu yang tidak dirawat dan saluran susu tersumbat.
  • Mastitis berjangkit - berlaku disebabkan pengaliran susu yang tidak sempurna, trauma payu dara, sistem imun yang lemah seterusnya puting membenarkan kemasukan bakteria.

Simptom :
  • demam selsema
  • bahagian payu dara akan berasa hangat, merah, bengkak dan sakit
Rawatan :
Periksa payu dara untuk melihat simptom tisu rosak dan puting merekah. Perbetulkan pengaliran susu dengan cara memperbaiki posisi dan dakapan.
Kerap menyusu sekurang-kurangnya 2 1/2 jam.
Ambil ubat segera jika berlaku apa-apa infeksi (perlu preskripsi daripada pakar bertauliah).
Amalkan pemakanan berkhasiat dan banyak minum air.
Berehat sekurang-kurangnya 24 jam.

Jika simptom semakin jelas, berlaku pula rekahan, kerap demam dan pengaliran susu kurang sempurna, rawat ia dengan antibiotik. Rawatan antibiotik hanya untuk mastitis yang sah berjangkit. Hanya antibiotik yang sesuai untuk wanita laktasi akan diberikan.

Apabila jangkitan bakteria tidak ada pengaliran yang mencukupi, boleh mengakibatkan terkumpulnya nanah dan berlaku rekahan puting.

TIDAK CUKUP SUSU


Alasan paling biasa kita dengar apabila ibu tidak menyusukan atau berhenti menyusukan bayi yang baru lahir ialah "tidak cukup susu". Si ibu membuat tanggapan bahawa bekalan susunya tidak cukup. Betul atau salah, bekalan susu yang kurang sebenarnya boleh dirawat.

Biasanya ibu mengkategorikan "tidak cukup susu" apabila bayi kerap menangis, masih tidak puas selepas menyusu, menyusu terlalu singkat/lama, enggan menghisap payu dara yang 'kosong', mengantuk, tidak berminat untuk menyusu, peningkatan berat badan yang perlahan, payu dara tidak berasa tegang, tidak mampu memerah banyak atau tidak ada susu.

Kenyataan ini boleh dipercayai sekiranya peningkatan berat badan bayi kurang daripada 500gm sebulan, berat badan bayi kurang daripada waktu lahirnya kira-kira dua minggu (kecuali yang lahir dengan berat badan yang tinggi), air kencing bayi sedikit, warna kuning, berbau dan kurang daripada enam kali sehari, najis sedikit, keras, kering, berwarna hijau. Kulit bayi berkedut, bayi keletihan, mengantuk dan menangis dengan lemah.

Punca ini berlaku adalah hampir sama dengan punca bengkak susu dan saluran susu tersumbat. Selain itu faktor psikologi ibu yang tidak yakin, usia muda, tiada pengalaman, pernah gagal dalam penyusuan, bimbang bentuk payu dara berubah, tiada sokongan dari suami dan keluarga, keletihan yang teramat sangat. Fakto bayi yang dilahirkan tidak normal seperti kecacatan bibir sumbing juga menjadi punca masalah ini.

Rawatan :
  • Perbetulkan posisi semasa menyusu.
  • Penyusuan susu ibu lebih kerap sekurang-kurangnya 10 kali dalam tempoh 24 jam.
  • Tidur berdekatan bayi dan susui dia setiap malam apabila tahap prolaktin tinggi.
  • Perah susu ibu selepas setiap kali penyusuan untuk jangka masa pendek sehingga bekalan susu meningkat.
  • Elakkan penggunaan botol susu sebaliknya guna cawan untuk memberi bayi perahan susu ibu.
  • Berehat dan bertenang semasa menyusukan bayi.
  • Tanamkan keyakinan bahawa anda boleh menyusu dan mengeluarkan bekalan susu yang cukup untuk keperluan bayi.
  • Fahami bahawa bekalan susu bergantung pada permintaan vs penawaran (demand vs supply).
  • Rujuk pakar perunding laktasi jika perlu. 

PUTING BENGKAK DAN SAKIT


Simptom :
tidak selesa (gatal, rasa panas)
merekah
sakit
ruam (dermatitis, herpes)
kemerahan
kulit berkeping, berkilat dan sakit selepas menyusu

Rawatan : 
  1. Mengurangkan bengkak susu di sekeliling puting dan areola. Jika perlu, perah dengan jari secara lembut.
  2. Jika sakit semakin terasa, ambil ubat seperti paracetamol.
  3. JIka rekahan puting semakin teruk, perah susu dengan tangan dan beri kepada bayi selama 1-2 hari.
  4. Sebelum menyusukan bayi, tuam payu dara untuk merangsang pengaliran susu.
  5. Duduk dengan selesa dan relax.
  6. Dakap bayi dengan betul pada dada.
  7. Mulakan penyusuan di sebelah payu dara yang kurang sakit.
  8. Susui bayi secara lebih kerap mengikut keperluan bayi, elak daripada mengehadkan penyusuan.
  9. Jika ibu perlu berhenti ketika menyusu, perlahan-lahan keluarkan puting daripada mulut bayi dengan meletakkan jari kelengkeng di antara gusi bayi.
  10. Selepas menyusu, perah sedikit susu akhir yang berlemak dan sapu pada puting. Biarkan ia kering.
  11. Elak guna sabun dan alkohol untuk mencuci puting. Jangan sapu minyak angin atau sebarang minyak di atas puting kecuali yang dibenarkan.
  12. Kerap tukar pelapik payu dara (breast pad). Jangan guna pelapik yang diperbuat daripada plastik.
  13. Pakai baju dalam diperbuat daripada kain kapas.
  14. Jika perlu gunakan pelindung puting (nipple shield) untuk mengelakkan puting yang bengkak terkena pakaian. Masalah puting bengkak adalah sementara sahaja.


SUSU MELELEH


Berlaku khususnya jika payu darah penuh dengan susu atau ketika anda melihat, mendengar, memikirkan tentang bayi atau ketika bayi menghisap sebelah payu dara lagi.

Cara menghentikan :
  1. Tekan tapak tangan anda pada puting payu dara selama 1-2 minit.
  2. Anda boleh menggunakan lapisan kain, sapu tangan atau kain penyerap yang bersih di dalam coli. Tukarkan lapisan ini apabila ia lembap.
  3. Perah susu lebih kerap.

Mudah-mudahan penyusuan kita akan berjalan dengan lancar ya mommies :)






Sunday, July 6, 2014

Resepi Membanyakkan Air Susu Badan

SAWI PUTIH TUMIS

Bahan-Bahan:

  • 5 tangkai sawi batang putih - dipotong
  • 1 sm halia - dihiris
  • 10 ekor ikan bilis - dibersihkan
  • 1 sudu teh minyak masak
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya
Cara menyediakan:
  1. Panaskan minyak
  2. Tumiskan ikan bilis dalam minyak panas hingga garing
  3. Masukka halia
  4. Masukkan sawi putih
  5. Tambahkan garam
  6. Kacau rata dan tuangkan air. Biar seketika hingga lembut
  7. Siap dihidang bersama nasi putih


SUP SAYUR CAMPUR

Bahan-Bahan:
  • 400 mlm air
  • 200 gm brokoli
  • 1 biji lobak merah
  • 1 biji kentang
  • 1/2 biji lobak putih
  • 1.2 batang leek
  • Secubit pati ikan bilis
  • 1 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa
Bahan Tumis:
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang pytih
  • 1 sudu teh lada hitam
Cara menyediakan:
  1. Tumis bawang putih dan bawang merah
  2. Masukkan serbuk lada hitam dan serbuk pati ikan bilis
  3. Masukkan kentang, lobak putih, brokoli, lobak merah dan leek
  4. Masukkan sedikit garam, kacau rata dan tutup api
  5. Masukkan air dan biar hingga sayur lembut
  6. Sajikan panas-panas




TENGGIRI MASAK ASAM

Bahan-Bahan:
  • 250 ml air
  • 2 ketul ikan tenggiri
  • 3-4 inci halia - dimayang
  • 3 biji bawang merah
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • Garam secukup rasa
Cara menyediakan:
  1. Tumis bawang merah
  2. Masukkan halia
  3. Masukkan ikan tenggiri
  4. Masukkan serbuk lada hitam
  5. Tambahkan garam
  6. Masukkan air asam jawa. Kacau kesemua bahan.
  7. Biarkan hingga mendidih. Sedia dihidang bersama nasi putih



JUS LOBAK PUTIH

Bahan-bahan:
  • Sebatang lobak putih
  • Segelas air suam
Cara menyediakan:
  1. Masukkan potongan lobak putih
  2. Campurkan dengan satu gelas air suam
  3. Kisar hingga halus
* Minum dua kali sehari membantu membanyakkan air susu badan.


TIP TAMBAHAN :
Jika mengalami masalah kekuranagn air susu badan terutama selepas bersalin, amalkan petua ini:
  • Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih, Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setiap hari.
  • Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum 2-3 kali sehari.
  • Rebus jantung pisang dan makan sebagai ulam dengan nasi.
  • Daun cekur manis yang telah dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, kemudian dibasuh selepas kering.

Semoga resepi & tips ini dapat membantu ibu-ibu meneruskan sessi penyusuan ekslusif dengan bayi masing-masing.

Jika berminat untuk mencuba set penyusuan Shaklee, boleh layari artikel ini.


sumber : Majalah PA&MA Ogos 2007.
picture ehsan google.

Saturday, July 5, 2014

Resepi ESP Shaklee

Ha..di bulan puasa ni nak pelbagaikan rasa minuman Shaklee tak?
Jom saya share resepi ESP ni.
Ingat ya ESP tak boleh dibancuh dalam air panas ya, mesti suhu di bawah 40degree.



Belum ada ESP? 


BERMINAT UNTUK MENDAPATKANNYA PADA HARGA TERBAIK? BOLEH HUBUNGI SAYA MELALUI:
✆ SMS/WHATSAPP : 012-5166591
✍ PM/INBOX KE : http://www.facebook.com/messages/mizurasvitashop
➲ COD Area : Penang Island

➲ POS : Seluruh Malaysia

➲ FACEBOOK : Mizuras Vita Shop



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Hikmah Puasa dalam Kajian Sains

Salam Ramadhan semua..... Hari ni 6 hari dah umah Islam berpuasa :)


Dari sudut Agama, tidak perlu disangkalkan lagi, bulan Ramadhan juga dikenali sebagai bulan beribadah (bukan bulan pesta makanan ya hehe), bulan yang kita nak kejar pahala berganda-ganda dari Allah SWT.

Ramai pengkaji sains yang cuba menyelidiki apa hikmah puasa dari sudut kesihatan ini.
Saya terbaca 2 artikel dalam Berita Harian & Berita Awani pagi tadi tentang kelebihan puasa dalam kesihatan & dari sudut sains.


Saya share ye..

Di antara hasil kajian yang dijalankan....
" Tahun 1944 - sekumpulan pakar sains kesihatan membentangkan sebanyak 50 kertas kerja di Kongres Antarabangsa mengenai Kesihatan dan Ramadan di Casablanca, Maghribi. 
Hasil kajian - semua bersetuju berpuasa tidak sesekali memudaratkan kesihatan.
amalan berpuasa Ramadan mampu mencegah dan menyembuhkan pelbagai penyakit."

"Kajian seterusnya : Pengkaji terkemuka dari Universiti Hospital di Amman, Jordan, Dr Soliman, melakukan uji kaji terhadap 42 lelaki dan 26 wanita Islam yang sedang berpuasa Ramadan. 
Hasil kajian -  puasa memberi kesan positif terhadap metabolisme tubuh badan dan menjadi pencegah kepada serangan pelbagai penyakit khususnya gejala lebihan gula dan lemak."

"Kajian lain : Dr F Azizi bersama beberapa rakannya dari Universiti Sains Perubatan Tehran, Iran.
Hasil kajian -  sama seperti penemuan Dr Soliman. Puasa memberi kesan positif terhadap metabolisme tubuh badan dan menjadi pencegah kepada serangan pelbagai penyakit khususnya gejala lebihan gula dan lemak."


Rumusan yang boleh diperoleh daripada beberapa kajian yang dijalankan di atas dan kajian-kajian lain mendapati :

  • Puasa tidak sesekali memudaratkan kesihatan.
  • Puasa mampu mencegah dan menyembuhkan pelbagai penyakit khususnya gejala lebihan gula dan lemak. Pengambilan gula (glukos) yang tersekat dari sahur hinggalah berbuka (lebih kurang 14 jam) ini menstabilkan bukan sahaja glukos darah tapi juga meningkatkan kepekaan (sensitivity) insulin.
  • Puasa memberi kesan positif terhadap metabolisme tubuh badan.
  • Puasa membantu merehatkan organ penghadaman yang telah bekerja keras sepanjang tahun.
  • Pada peringkat awal berpuasa, kita sedari bahawa mulut akan berbau, peluh berbau, kuit kering bersisik, gatal-gatal pada kulit, air kencing pekat dan berbau, lidah kelat dan sebagainya. Ini semua merupakan petanda bahawa tubuh sedang membersihkan toksin dalam badan.
  • Puasa boleh meningkatkan kekuatan fizikal dan mental umat Islam dengan membantu kawalan diri, emosi dan nafsu terhadap sesuatu yang dilakukan/ingin dilakukan.
  • Puasa membantu mengurangkan berat badan kerana susah untuk memenuhi keperluan kalori seharian dengan tiga hidangan (berbuka, makan malam dan sahur).
  • Puasa membantu dalam mengurangkan kolesterol LDL (low density lipo-protein) dengan meningkatkan kolesterol HDL (high density lipo-protein).
  • Puasa memang sesuai untuk kurangkan hypertension (tekanan darah tinggi). Pengurangan tekanan darah adalah hasil gabungan 1) tahap insulin yang lebih rendah 2) glukos darah yang lebih konsisten dan kekurangan water retention
  • Puasa sebulan memberikan peluang keemasan untuk mengubah gaya hidup dengan membuang tabiat-tabiat yang kurang elok seperti merokok, makan berlebihan dan lain-lain.
  • Puasa membantu membuang ketagihan seperti tabiat merokok, minum kopi berlebihan dan lain-lain.
  • Ibadat yang dilakukan lebih pada bulan puasa seperti tilawah, mengaji Quran, berzikir, solat sunat sangat membantu mengurangkan tekanan dan mengalihkan fokus kepada sesuatu yang lebih menyenangkan.
  • Puasa dapat menyatukan institusi kekeluargaan - bersahur dan berbuka bersama. Jika dahulu tidak pernah makan semeja, tetapi di bulan puasa, semuanya sepakat makan serentak :)

Ni di antaranya yang major..banyakkan? So apa lagi? Bagi yang selalu ponteng puasa tu, jom berubah!

Jika anda tercari-cari booster untuk membantu mengurangkan keletihan di bulan Ramadhan, jom cuba Shaklee Mighty 3 Gems!

Selamat Meneruskan Ibadat Puasa Semua...



sumber : http://bit.ly/1xpkCl9, http://bit.ly/1jPfSNn, http://bit.ly/VkNwow



Friday, July 4, 2014

Ramadhan's Delight (Shaklee version)


Haa...masuk bulan puasa memang ramai yang mencari-cari makanan & minuman pemberi tenaga, nak elakkan lapar, nak kurangkan dahaga, nak sihat supaya boleh menjalankan ibadat puasa dengan lebih bermakna kan?

Tahu tak ada 3 jenis cadangan set yang paling famous di bulan Ramadhan macam ni? Jom saya introduce 1 by 1..

1. CADANGAN KECERGASAN dan PENGHIDRATAN

Set ni terdiri daripada 3 jenis minuman kesihatan - ESP , Meal Shakes dan Performance Drink. Apakah fungsi minuman-minuman ini ketika berpuasa?
ESP : sumber soya non-GMO yang lengkap dengan 9 jenis asid amino perlu bagi membantu membekalkan tenaga, memberikan rasa kenyang yang lebih lama, mencegah masalah gastrik, mengurangkan kehadiran parut-parut jerawat yang bakal mencacatkan hari raya anda serta membantu ibu-ibu menyusu mengekalkan kuantiti susu walaupun sedang berpuasa.
Meal Shakes : mengandungi 24 jenis vitamin dan mineral yang membantu mengisi nutrisi yang kurang ketika berpuasa, mengandungi serat bagi menghalang masalah sembelit, membantu memberikan tenaga segera, meningkatkan selera makan terutamanya kanak-kanak. Sangat sesuai untuk anak-anak yang baru belajar berpuasa.
Performance Drink : membekalkan tenaga segera dan berkekalan untuk menyokong penghidratan optimal, mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi, mengurangkan kehausan, melembapkan kulit, memelihara tahap gula darah. Perisan Oren yang menarik minat kanak-kanak serta sesuai diminum begitu saja atau dicampurkan bersama-sama ESP dan Meal Shakes.

# boleh klik di sini untuk resepi ESP.


2. CADANGAN BAGI GASTRIK
Set ini terdiri daripada ESP, OsteMatrix, Peppermint Ginger Plus dan B Complex.
Maklumat lanjut tentang set ini boleh didapati di sini.


3. CADANGAN KESIHATAN SENDI
Set ini menekankan kesihatan sendi & tulang yang sihat terutamanya sewaktu beribadah. Bulan Ramadhan ialah bulan di mana ibadah kita dikurniakan pahala yang berganda-ganda, jadi ramai yang berlumba-lumba melebihkan ibadah dalam bulan ini. Tarawih adalah salah satu ibadah yang dijalankan di bulan puasa. Bagaiman nak tarawih lama-lama jika sakit lutut, kebas kaki, sakit sendi? Ha, sebab itula ada penjagaan kesihatan sendi ni.
OsteMatrix : sumber kalsium, magnesium, vitamin D yang sangat membantu dalam mengurangkan masalah kekejangan dan kebas-kebas kaki.
Advanced Joint Health Tablet (AJHT) : khas untuk masalah sakit lutut yang seringkali dialami oleh warga emas kita. Diperbuat daripada bahan semulajadi tumbuh-tumbuhan. Kesannya dijangka dapat dilihat pada sesetengah pengamal seawal 5 hari (kesan berbeza bagi setiap pengamal ya). Membantu mengekalkan tulang rawan yang sihat, memelihara tisu penyambung yang sihat dan menyokong keselesaan sendi.
Omega Guard : sumber minyak ikan terbaik di dunia yang diekstrak daripada ikan laut dalam yang kurang mengalami pencemaran toksin. Membantu menyokong kesihatan sendi badan,mengurangkan simptom RA, Osteoarthritis dan Osteoporosis.

Minat mencuba? Anda boleh order online terus melalui link ini :

Set Kecergasan & Penghidratan : http://bit.ly/1q236Pu
Set Gastrik : http://bit.ly/TGQQcm
Set Kesihatan Sendi : http://bit.ly/1rsnOMa

* jangan lupa hubungi saya kembali selepas membuat pembelian untuk mendapatkan tips/jadual makan ekslusif untuk anda serta konsultasi percuma seumur hidup.

atau boleh juga hubungi saya


BERMINAT UNTUK MENDAPATKANNYA PADA HARGA TERBAIK? BOLEH HUBUNGI SAYA MELALUI:
✆ SMS/WHATSAPP : 012-5166591
✍ PM/INBOX KE : http://www.facebook.com/messages/mizurasvitashop
➲ COD Area : Penang Island

➲ POS : Seluruh Malaysia

➲ FACEBOOK : Mizuras Vita Shop



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


A to Z : Tips Penyusuan Berkesan untuk Ibu

artikel ni saya jumpa di mother's room dari majalah PA&MA Ogos 2007.
jadi saya kongsikan di sini....

A : Pastikan posisi penyusuan betul. Menyusu dalam posisi yang salah boleh menyakitkan anda & mengecewakan bayi.

B : Selepas menyusu, masukkan hujung jari kelingking anda di hujung mulut bayi untuk menghentikan hisapan.

C : Pastikan anda mengalami refleks let-down (LDR) atau pancutan susu. Refleks let-down adalah rasa berdenyut yang menandakan aliran hangat susu sebaik sahaja bayi berada pada posisi penyusuan yang betul.

D : Gunakan bantal untuk bersandar jika perlu. Posisi dakapan merupakan posisi klasik dan menjadi kegemaran kebanyakan ibu.

E : Bayi perlu disusukan mengikut permintaan, biasanya pada setiap 1 1/2 ke 3jam. Dia akan menangis bila lapar dan lama-kelamaan anda dapat mengenali tangisannya bila dia lapar.

F : Apabila menyusukan bayi pada waktu malam, ada baiknya anda tidak menghidupkan lampu.

G : Tukar lampin bayi sebelum menyusukannya & tidurkannya kembali selepas menyusu.

H : Posisi football hold sangat sesuai jika anda baru pulih daripada pembedahan caesarean, memiliki payu dara yang besar, menyusukan bayi pra-matang, bayi yang kecil saiznya atau menyusukan anak kembar serentak.

I : Berikan bayi menyusu dari kedua-dua belah payu dara setiap kali menyusu.




J : Susukan bayi pada satu payu dara sehingga dia berhenti menghisap. Angkat bayi, sendawakannya dan alihkannya ke payu dara sebelah dan teruskan menyusu sehingga dia kenyang. Untuk penyusuan berikutnya, mulakan pada payu dara yang terasa sarat dengan susu.

K : Sendawakan bayi setiap kali selesai penyusuan. Dia mungkin termuntah susu jadi pastikan anda menyediakan tuala. Jika dia tidak sendawa selepas 30saat, mungkin dia tidak perlu disendawakan.

L : Letakkan bayi di bahu anda. Gosok atau tepuk perlahan belakang badannya.

M : Persekitaran penyusuan bayi yang ideal adalah bilik yang sunyi, hanya anda berdua, jauh dari sebarang bentuk gangguan.

N : Apabila menyusukannya, kekalkan hubungan mata, selalu tersenyum dan bercakap dengannya.

O : Berikan pujian dan ucapkan kata-kata positif tentang perilakunya ketika menyusu. Gunakan nada suara yang berbeza seperti menyanyi untuknya. Gerak isyarat yang penuh kasih sayang akan membuatkan bayi berasa lebih dihargai, selamat dan akhirnya dapat meningkatkan harga diri & keyakinannya.

P : Penggunaan bahan haba & urutan lembut sebelum menyusukan dapat membantu susu mengalir dengan lebih baik.

Q :  Mandi di bawah air suam, berbaring dalam tab mandi berair suam atau balut dengan tuala suam dan berhaba membantu mengurangkan bengkak payu dara.

R : Jika puting sakit atau merekah, tuam puting menggunakan tuala hangat dan biarkan puting terdedah seketika.

S : Bungkusan ais ketul dan daun kubis turut mengurangkan kesakitan payu dara bengkak. Bagaimanapun ia hanya dilakukan selepas anda menyusukan bayi.

T : Cuci areola dan puting payu dara menggunakan tuala suam sekurang-kurangnya seminggu sekali bagi mengelakkan jangkitan kuman.

U : Makan makanan yang berkhasiat. Ibu perlu makan makanan seimbang dan bukan makanan ringan.

V : Minum sekurang-kurangnya segelas air suam beberapa minit sebelum menyusukan bayi.

W : Menyusu lebih kerap. Kekerapan menyusu akan menghasilkan lebih banyak susu.

X : Bertenang ketika menyusu membantu susu mengalir dengan baik.

Y : Berehat pada waktu siang kerana menjaga bayi baru lahir adalah satu tugas yang meletihkan.

Z : Berlatih memerah susu dua minggu sebelum cuti bersalin berakhir. Perahkan susu ke dalam bekas yang mempunyai penutup. Simpan susu ke dalam peti sejuk sejurus selepas diperah.

Moga bermanfaat :) Jika berminat untuk mencuba set penyusuan shaklee, boleh klik di sini untuk pilihan >>>> SET PENYUSUAN SHAKLEE

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...