Tuesday, December 23, 2014

Resepi Popia Nestum

Salam semua....I am back! Lama senyap sunyi sepi..bukan apa, i bizi dengan bisnes Popia Nestum sekarang nih..hehee..


Jom kita tengok bahan2 untuk popia-popia pelbagai perisa ni.

Popia Nestum
Kulit Popia
Nestum
Gula Icing
Horlicks
Tepung Gandum


Cara pembuatannya:


1. Koyak dulu kulit popia 1 by 1 baru senang nanti terus gulung saja semuanya. Lebih cepat especially macam saya yang berniaga ni :)



2. Lipat dulu 1/4 bahagian popia, kemudian baru gulung dari awal sampai habis. Hasilnya jadi mcm ni (saya buat banyak2 sekaligus juga)






3. Bancuh tepung gandum dengan sedikit air (nak buat gam), kemudian letakkan sedikit di hujung kulit popia yang dah digulung macam ni. Nanti kulit popia akan melekat. Barulah masa goreng tu tak ada yang terlerai.


4. Dah setel proses sapu gam, boleh buat proses menggunting pula. Berapa potongan kecil bergantung kepada saiz popia yang anda nak nanti. Kalau nak besar sikit, boleh potong 7 bahagian, kalau kecil 8 bahagian pun boleh.(alahai gambar terlupa nak snap, basically potong serong - tengok semasa goreng nanti)


Biarkan di tepi dulu popia yang dah siap dipotong tu. Jom kita buat salutannya pula.

5. Campurkan Nestum, Horlicks dan Gula Icing (Bahan A) bersama-sama ikut sukatan 1:1:1 (depending on tahap kemanisan ya, kalau tak nak manis, boleh adjust gula tu). Blend semuanya sehingga halus sedikit (nak bagi kasar2 sket pun bleh).


6. Back to kulit popia, bolehla buat operasi penggorengan di dalam minyak yang panas. Jangan lama-lama goreng tu, nanti rentung tak sedap. hehe


7. Bila dah angkat, sejat dulu minyaknya ok, jangan terlalu berminyak nanti cepat "perat" orang utara kata. 


8. Bila dah setel sejat minyak, boleh la gaulkan popia yang telah digoreng dengan campuran bahan A tadi. Siap!


Mudahkan? Tapi....kenapa lebih ramai yang suka order order order? Sebab, proses gulung, gam dan gunting tu perlukan kesabaran yang tinggi & masa yang lapang.


So, kalau anda nak try resepi ni di rumah, dipersilakan. Kalau anda nak order dengan saya pun dipersilakan. Just SMS/WA/WeChat 012-5166591.


Saya tawarkan popia dengan berat 120g, 300g, 500g dan 1000g..serta 4 in 1 flavour !
Juga menyediakan door gift untuk semua majlis.
Perisa yang saya tawarkan pula : Popia Nestum, Cheese, Coklat dan Kacang.....


Alhamdulillah..customers sangat berpuas hati.





Jangan ketinggalan mendapatkan popia rangup kesukaan ramai ini ok.


2 comments:

  1. thank you resepi step by step nye. mintak halal ilmunye ye. semoga bertambah murah rezeki.

    ReplyDelete
  2. Kos nak buat popia ni berapa ya?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...