Saturday, May 10, 2014

BIPOLAR DISORDER


"Bipolar disorder" merupakan sejenis penyakit psikologi di mana pesakit akan mengalami perubahan mood yang begitu ketara dan dikenali juga sebagai gangguan dwikutup, sejenis gangguan otak yang menyebabkan perubahan luar biasa pada emosi, tenaga dan keupayaan seseorang. Jika pesakit berasa gembira dan sedih ianya adalah keterlaluan tidak seperti biasa.

GEJALA BIPOLAR DISORDER

ge
jala pada kutub gembira:
  • > gembira yang keterlaluan
  • > masa tidur yang pendek tetapi tenaga yang luar biasa
  • > membeli belah dengan boros
  • > mempunyai pelbagai idea untuk dilaksanakan
  • > bercakap terlalu banyak daripada biasa dan kadang2 bercakap tanpa tujuan
  • > merasakan diri terlalu istimewa dan terlalu hebat berbanding orang lain.
  • > lebih aktif dari biasa

gelaja pada kutub sedih:

  • > sedih yang keterlaluan
  • > kemurungan
  • > hilang pertimbangan membuat keputusan
  • > lemah ingatan
  • > hilang tumpuan perhatian dan kesukaran memfokus
  • > sentiasa letih
  • > rendah harga diri
  • > tidak mempunyai semangat
  • > cepat marah
  • > tidak dapat tidur

Kajian masih dijalankan tentang pengambilan Asid Lemak Omega-3 yang mungkin dapat membantu menstabilkan mood pesakit seperti ini.

sumber : 
http://zaifasha.blogspot.com/2011/06/bipolar-disorder_28.html
http://www.psychiatrictimes.com/bipolar-disorder/omega-3-fatty-acids-evaluated-bipolar-disorder/page/0/1

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...