Wednesday, August 20, 2014

DIY : FRAME LAMA menjadi TRAY SERBAGUNA

Rasa2 ada banyak frame lama tak? Nak buang? Sayang! Nak guna? Dah buruk. Abis nak buat apa?
Haa..saya ada idea!

Saya baru saja kitar semula frame lama menjadi sebuah tray untuk centerpiece di dining table :)


Jom saya tunjuk!

Ni frame lama yang saya ada..agak klasik dengan ukiran macam ni kan? Dari jauh nampak cantik...



tapi...dah buruk sebenarnya...tengok jarak dekat.


So, apa saya buat? Ni bahan-bahannya..
1. Frame lama
2. Spray - beli kat kedai hardware, minta nak spray aluminium atau kayu bergantung kepada frame anda. Saya guna warna Grey sebab warna ni dah ada di rumah (atau boleh pilih warna mengikut citarasa masing-masing)
3. Wrapping Paper (kosong atau bercorak terpulang pada citarasa juga)


DIY : Cara-cara menukarkan frame lama kepada tray cantik :


1. Mula-mula, keluarkan dulu cermin pada frame ok. Kemudian spray bingkai frame sekali dengan belakangnya kalau belakang pun tak cantik ye. Spray molek-molek selapis.

2. Make sure dibiarkan kering seharian di bawah panas matahari ya.

3. Lepas spray tu check sekali lagi samada semuanya sama rata. Jika tak rata, spray lagi untuk kali ke-dua (hanya spray selepas lapisan pertama tadi kering tau). Biarkan ia kering sekali lagi.

4. Bila dah kering, baru masukkan kembali cermin frame tadi.

5. Biasa kita letak gambar di celah-celah frame kan? Kali ni saya gantikan dengan wrapping paper bewarna (ikut kesukaan masing-masing. yang bercorak pun boleh janji nampak cantik dengan frame yang sudah dispray tadi ok). Saya letak wrapper silver (sebab ni je yang ada waktu tu di rumah hehe).

6. Siap! Boleh la diletak barang keperluan, hiasan di atas tray baru ini. 


Ni tray saya yang dah siap..Cantik tak?? Saya letak di dining table rumah..



Nak before and after? 


Tray yang dah siap lebih cantik dan nampak baru serta 'rare' tiada di pasaran kan! Uniknya ia hanya berada di rumah anda dengan sentuhan peribadi anda sendiri..

Sekian dulu tutorial saya..
Jika ada lagi DIY yang saya buat, saya beri tutorial lagi ya :) Selamat mencuba.


Friday, August 15, 2014

Siapa Malas Cuci Rambut Setiap Hari?Jom Baca!

Assalamualaikum....Salam Sejahtera...


Ada tak yang malas nak cuci rambut setiap hari? Tiada masa nak berkurung berjam-jam dalam bilik mandi - nak cuci rambut lagi...nak memerut lagi...nak mandi lagi..hehhee..jangan bimbang! Kini, dengan Set Penjagaan Rambut ProSante Shaklee, tidak perlu mencuci rambut setiap hari tau! Seriously?? I mean, seriously? Yezza!!

Hanya 1-2x seminggu bersyampu, rambut anda akan kekal bersih, sihat, tanpa bau yang tidak menyenangkan. Jadi, tak perlu basuh rambut hari-hari :)


Meh saya introduce.

Ni rupa setiap 1 jenis produknya.


1. Nourishing Scalp Treatment



Menyelesaikan masalah rambut dari akar umbinya dengan serum yang mudah diserap yang melancarkan peredaran, memelihara daripada persekitaran yang merosakkan serta membekalkan nutrisi yang diperlukan oleh kulit kepala.

  • Vitamin A dan E, Coenzyme Q10 melindungi daripada radikal bebas dan tekanan persekitaran kepada rambut anda.
  • Bekerja untuk memberikan ruang yang optimal kepada rambut anda.
  • Formula tanpa bilas memudahkan penggunaan & penggayaan rambut anda.
  • Tidak meninggalkan kesan melekit atau berminyak

ProSante Nourishing Scalp Treatment adalah formula ekslusif yang terbukti mengurangkan keguguran rambut ketika bersikat dan meluruskan serta melebatkan rambut secara semulajadi apabila digunakan sebagai sebahagian daripada rangkaian Sistem Penjagaan Rambut ProSante.



2. Revitalizing Syampoo



Mempunyai molekul yang melicinkan dan melebatkan rambut.
Sistem pembersihan lembut berpaten.
Menyegarkan dan mengimbangi kulit kepala supaya tidak terlalu kering dan terlalu lembap.



3. Purifying Syampoo



Cucian menyeluruh dengan menyingkirkan sisa-sisa produk dandanan rambut, pengumpulan mineral dan juga bahan tercemar dari persekitaran. 
Mengekalkan lipid secara semulajadi dan menyeimbangkan kelembapan serta tidak melunturkan warna rambut.
Sesuai untuk kawalan minyak dan rambut yang bebas kelemumur. 



4. Replenishing Conditioner



Perapi dan pelembap untuk rambut yang berkilat dan lembut bak sutera.
Memperbaiki kerosakan pada permukaan rambut dan memperbaiki hujung rambut yang bercabang.
Meluruskan rambut dengan bahan semulajadi protein dan humectant.



5. Lightweight Conditioner



Melicinkan dan melembapkan rambut.
Mengembalikan elemen & struktur rambut agar kelihatan lebat, berkilat dan sihat.
Menghilangkan kesan statik agar rambut mudah diurus dan digayakan.



6. Long Lasting Finishing Spray



"Medium hold" memastikan gaya rambut tidak berubah.
Menyediakan perlindungan UV.
Menguruskan rambut kusut dan rambut yang mudah mengerbang.


OK, itulah dia kesemua produk penjagaan rambut ProSante dari Shaklee.

Part paling best, jika anda lihat jadual kekerapan penggunaan produk ini, ianya tidak perlu setiap hari (melainkan nourishing scalp treatment). Tak cuci rambut setiap hari pun rambut kekal bersih & sihat. Betul! Saya dah cuba! Memang best!.. 

Jadual Kekerapan Penggunaan Produk Penjagaan Rambut ProSante (X kali / seminggu)


Nak tahu set mana paling sesuai untuk anda?  Ini cadangan saya,


Rambut berminyak, berkelemumur dan luruh : Puryfing Syampoo + Nourishing Scalp Treatment + Lightweight Conditioner.


Rambut kering dan bercabang : Revitalizing Syampoo + Replenishing Conditioner + Long Lasting Finishing Spray.




BERMINAT UNTUK MENDAPATKANNYA PADA HARGA TERBAIK? BOLEH HUBUNGI SAYA MELALUI:
✆ SMS/WHATSAPP : 012-5166591
✍ PM/INBOX KE : http://www.facebook.com/messages/mizurasvitashop
➲ COD Area : Penang Island

➲ POS : Seluruh Malaysia

➲ FACEBOOK : Mizuras Vita Shop

Thursday, August 14, 2014

Penyelesaian Rambut Gugur ?


Wanita Lepas Bersalin & rambut gugur!!!

Pernah alami atau sedang mengalami situasi begini?




"Saya baru melahirkan anak. Sekarang umurnya empat bulan. Masalah saya ialah, saya dapati semakin banyak keguguran rambut yang berlaku. Kadang-kadang segenggam rambut keluar hanya dengan melurut kepala saya. Adakah ianya sejenis penyakit sehingga menyebabkan kebotakan atau sekadar perubahan yang berlaku kepada wanita yang baru melahirkan anak? Apakah cara rawatan atau ubat-ubatan yang boleh membantu?"

Saya terbaca 1 sessi soal jawab di majalah PA&MA keluaran Februari 2006. Dr Norintan, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Swasta, Seremban menjawab permasalahan di atas. Jom ikuti jawapan beliau secara ringkas (saya ambil isi-isi penting).

Kebanyakan wanita (60%) memiliki rambut yang lebat ketika mengandung namun mengalami keguguran rambut selepas melahirkan bayi. Ada juga yang mengalaminya dari awal kandungan sehinggalah selepas bayi dilahirkan.

Kebiasaanya masalah ini adalah disebabkan oleh  perubahan sementara yang berlaku akibat perubahan hormon di dalam badan wanita sewaktu kehamilan dan berpantang.

Setelah bayi berumur enam hingga 12 bulan, seharusnya rambut di kepala para ibu akan tumbuh semula secara normal. Walau bagaimanapun sekiranya rambut semakin menipis, wanita itu dinasihatkan supaya berjumpa dengan doktor pakar kulit untuk pemeriksaan lanjut.

Cadangan bagi mengatasi masalah keguguran rambut, cubalah amalkan makanan yang mengandungi banyak flavonoids seperti sayur-sayuran, buah-buahan di samping mengamalkan vitamin C, B Complex serta Vitamin E. Kesemua jenis vitamin ini baik untuk kesihatan rambut dan membantu menyuburkan rambut.

______________________________________________________________________________

OK, itu apa kata doktor, selain tu, saya juga terserempak dengan blog kesihatan yang lain yang menyarankan pengambilan Zinc sebagai langkah membantu mengurangkan keguguran rambut.
Jika berminat, boleh baca di sini > Keguguran Rambut - Bolehkah zink membantu? . Jika anda nak tau, zinc complex ialah vitamin termurah dari Shaklee yang sangat mampu milik serta tahan sehingga 4 bulan!


Jadi kepada para wanita yang mengalami masalah keguguran rambut, silalah buat perubahan pada pemakanan anda serta berjumpalah dengan pakar jika masalah ini semakin kronik ya. Jangan biarkan botak teruk baru nak menyesal.huhu..

Jika berminat dengan produk penjagaan rambut dari Shaklee, boleh hubungi saya.


✆ SMS/WHATSAPP : 012-5166591
✍ PM/INBOX KE : http://www.facebook.com/messages/mizurasvitashop
➲ COD Area : Penang Island

➲ POS : Seluruh Malaysia

➲ FACEBOOK : Mizuras Vita Shop


Wednesday, August 13, 2014

Murahnya Nyawa Kini...

Nyawa macam tiada nilainya lagi... Ingat senang ke nak dapat seorang anak? Ingat senang ke nak deliver seorang anak? Senang-senang saja orang bunuh kejam, tak ada hati perut kan!...

Geram sangat kan? Lepas satu, satu lagi kes kematian melibatkan bayi dan kanak-kanak. Apa salah mereka? Cer citer sket...

Terbaru kes baby Nurain Damia Mohd Naquudin, 1 tahun 2 bulan yang koma dipercayai mangsa dera.

Petikan penuh dari Sinar Harian...pada 7 Aug 2014 lalu bayi ini telah dimasukkan ke hospital akibat dipercayai didera oleh pengasuhnya..


SUNGAI BULOH - Jatuh daripada kerusi rotan tetapi kecederaan seperti dilanggar sebuah kereta!

Itulah yang dikatakan oleh doktor mengenai kecederaan yang dialami, Nurain Damia, setahun dua bulan, setelah dikatakan terjatuh di rumah pengasuhnya di Flora Damansara, Petaling Jaya, kelmarin.

Menurut ibu mangsa, Nor Ani Shafarina Sani, 22, pengasuh anaknya mengatakan Nurain Damia terjatuh dari sebuah kerusi ketika sedang tidur kira-kira jam 7 petang.

“Sejurus mendengar berita itu, saya menghubungi suami saya, Mohd Naquudin Zakaria, 25, untuk memaklumkan apa yang berlaku,” katanya ketika ditemui di Hospital Sungai Buloh (HSB) di sini, semalam.

Nor Ani berkata, suaminya terpaksa mengambil Nurain Damia terlebih dahulu selepas pengasuh menghubungi sekali lagi memaklumkan keadaan anaknya dan meminta dibawa ke hospital dengan kadar segera.

“Ketika saya melihat keadaan Damia, saya sangat terkejut dan menangis. Saya lihat tangan serta kakinya sudah kejang,” katanya.

Menurut Nor Ani, sepanjang perjalanan ke hospital, Nurain Damia dalam keadaan separa sedar dan mulutnya berbuih. Dia cuba memanggilnya berulang kali, namun tiada sebarang tindak balas diterima.

“Pemeriksaan doktor mendapati Damia mengalami pendarahan di dalam kepala dan perlu menjalani pembedahan segera,” katanya.

Nor Ani sangat terkejut apabila doktor memaklumkan kecederaan Nurain Damia seperti bukan impak daripada jatuh kerusi.

Katanya, sekiranya jatuh kerusi, kecederaan di tempurung kepalanya tidak seteruk itu.

“Lebih malang lagi, tempurung kepala Damia retak dan tidak dapat disambung kerana otaknya mengembang,” katanya.

Bimbang kejadian tidak diingini berlaku, Nor Ani membuat laporan di pondok polis hospital.

Nor Ani berkata, Nurain Damia dihantar di bawah jagaan pengasuh itu sejak dua bulan lalu dan dalam tempoh itu terdapat beberapa kesan kecederaan di kepalanya.
“Pengasuh memberikan alasan yang Damia terjatuh. Pernah sekali pipi anak saya lebam. Namun, pengasuh mengatakan dia (Damia) digigit oleh salah seorang anak jagaannya,” katanya.

Menurutnya, beliau mendapat khidmat pengasuh tersebut melalui laman sosial Facebook dan Nurain Damia merupakan anak tunggalnya setelah berkahwin sejak dua tahun lalu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan kes sedang disiasat. 

link penuh : http://buff.ly/Xh8NAM

Bayi comel ini telah kembali kepada-NYA pada 13 Aug 2014. Al-Fatihah buat baby Nurain Damia Mohd Naquudin. Semoga rohmu tenang di sana dan semoga keluarga mangsa tabah menghadapi ujian Allah SWT ini...amin..

http://buff.ly/1AduPCq

Semoga pendera yang terlibat dibawa ke muka pengadilan dan menerima hukuman setimpalnya di dunia & juga di akhirat.



Lecithin atau Omega? Mana satu cepat kurus?

Haa...mesti ramai yang dalam dilema kan..ada SID suruh ambil Lecithin, ada pula yang suruh ambil Omega. Anda dah cuba Lecithin, tapi tiada hasil pun! Perlukah cuba Omega pula? Atau anda ambil langkah mencuba Omega namun disebabkan kekangan budget, anda mula berkira-kira perlukah cuba Lecithin sahaja?


Jom kaji Perbezaan Lecithin dan Omega




Anda confused!

  1. Apakah perbezaan Lecithin dan Omega?
  1. Produk manakah boleh kurus dengan cepat?
  1. Produk manakah lebih sesuai untuk anda?
  1. Confirmed boleh kurus?



Jom kita kupas semua persoalan di atas


Apakah perbezaan Lecithin dan Omega?

Lecithin berasal dari ekstrak kacang soya organic.

Omega Guard ialah asid lemak Omega-3 daripada ikan laut dalam yang berkualiti tinggi serta mengandungi paling kurang toksin dan bahan berbahaya di dalamnya.

Lecithin ialah PENGEMULSI lemak > ia memecahkan lemak y
ang baru kita makan sewaktu itu menjadi molekul molekul yang lebih kecil supaya mudah dicernakan dan diangkut keluar dari badan.

Omega Guard ialah PEMBAKAR lemak > minyak ikan omega ini membantu dalam pembakaran lemak termendap terutamanya lemak yang sudah sebati dalam badan.



Produk manakah boleh kurus dengan cepat?
Ianya bergantung kepada tahap konsistensi anda mengambil suplimen mengikut jadual dengan berdisiplin. Jika dilihat pada perbezaan di atas, ternyata Omega Guard adalah lebih menjadi pilihan kerana ia membakar lemak yang telah sekian lama bersarang dalam badan. 
Tetapi, pengambilan Lecithin biasanya menjadi pilihan popular memandangkan harganya yang sangat murah berbanding dengan Omega Guard. 
Selain itu, setiap badan manusia adalah berbeza di antara satu sama lain. Boleh jadi wanita gempal ini turun mendadak setelah mengambil Omega Guard berbanding wanita yang satu lagi yang turun perlahan-lahan dengan pengambilan Omega Guard juga. 

Produk manakah lebih sesuai untuk anda?

jika anda seorang yang agak GEMPAL dan ingin mengurangkan lemak yang dah lama bersarang dalam badan, saya suggest ambillah Omega Guard disertai dengan Herb-Lax @ Alfafa.

jika anda seorang yang biasa (TIDAK KURUS SANGAT & TIDAK GEMUK SANGAT) tetapi ingin membuang lemak berlebihan yang telah anda makan setiap hari, maka cubalah dulu Lecithin diikuti oleh Herb-Lax @ Alfafa.


Confirmed boleh kurus?

Apa-apa pun ianya bergantung juga kepada budget anda bagi merealisasikan impian mendapat bentuk badan yang diingini.
Kunci utama :
● kawal pemakanan
● bersenam walaupun sekejap
● minum air secukupnya bagi memudahkan proses pencernaan & pembersihan usus
● makan suplimen dengan konsisten dan bukan sebotol saja pastu stop sebab katanya tak ada perubahan

Harus diingat, supplement bertindak berbeza ke atas setiap orang ya. Ada yang sebotol dah nampak kesan, ada yang berbotol-botol baru nampak kesan. Yang penting "KONSISTEN".


Moga bermanfaat
 



Ingin maklumat lebih lanjut tentang kedua-dua produk ini ? Jom klik link di bawah:

                                                        OMEGA GUARD                 

     


                                                                           LECITHIN




BERMINAT UNTUK MENDAPATKANNYA PADA HARGA TERBAIK? BOLEH HUBUNGI SAYA MELALUI:
✆ SMS/WHATSAPP : 012-5166591
✍ PM/INBOX KE : http://www.facebook.com/messages/mizurasvitashop
➲ COD Area : Penang Island

➲ POS : Seluruh Malaysia

➲ FACEBOOK : Mizuras Vita Shop




* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Friday, August 8, 2014

Puas hati betul dengan Set Skin Care Shaklee ni!

Haaa.....Anda ada jerawat??? Kulit kusam??? Berjeragat? Black Head? White Head? Head to Toe problem?? Jangan susah hati lagi. Meh cuba skin asas Skin Care yang terdiri daripada : 


  • Vita E Complex
  • Sustained Released Vita C Plus 
  • B Complex
Add on :
  • ESP
  • GLA Complex


Banyak?? Jangan risau, ambil ikut keperluan dan ikut budget masing-masing ya. Saya boleh beri cadangan terbaik buat permasalahan anda.

Saya nak share few testimonials customers pelbagai peringkat umur dan masalah yang sudah pun berpuas hati dengan set skin care shaklee ni.
Sebelum tu credits kepada tuan punya pics yang saya ambil dari google ya. Terima kasih kerana sudi share kelebihan yang anda semua peroleh dengan Shaklee :)














Haaa...best kan??? So apa tunggu lagi??? Jom Order Suplimen untuk Kulit Anda sekarang!
Harga istimewa menanti anda jika beli dengan saya tau.


✆ SMS/WHATSAPP : 012-5166591
✍ PM/INBOX KE : http://www.facebook.com/messages/mizurasvitashop
➲ COD Area : Penang Island

➲ POS : Seluruh Malaysia

➲ FACEBOOK : Mizuras Vita Shop

Wednesday, August 6, 2014

NutriWhite Shaklee

Haa..jangan tak tahu, Shaklee cover habis 1 badan kita ni.. Ni kita nak tengok luaran cantik pula dengan NutriWhite Shaklee.


Apa dia NutriWhite Shaklee ni?

Ini Set Skin Care dari Shaklee. 
Kalau supplimen untuk makan tu kita ada Vitamin E + Vitamin C + B Complex. 



Terdapat 7 produk dalam rangkaian set NUTRIWHITE:

  1. Gentle Action Makeup Remover
  2. Gentle Deep Foaming Cleanser
  3. Soothing Radiance Whitening Softener
  4. Daily Defense Whitening Essence
  5. Spot Whitening Treatment
  6. Ultimate Protection Whitening Lotion SPF15
  7. Overnight Renewal Whitening Lotion SPF15

Gentle Action Makeup Remover

  • Berfungsi menanggalkan kesan kotoran/debu dan alat solek sepanjang hari.
  • Tunas Pokok Bic menghilangkan sel-sel kulit mati dengan lembut tanpa meninggalkan kesan.
  • Aloe Vera menyegarkan dan menegangkan kulit.
  • Lembut dan tidak berminyak.


Gentle Deep Foaming Cleanser

  • Membersih dan menyegarkan kulit.
  • Ekstrak Rumpai Laut menghilangkan kekotoran, membuang sel-sel mati dan menegangkan kulit.
  • Alga hijau menyahtoksin dan melembapkan kulit.
  • Strawberri Begonia mencerah dan mengimbangkan pigmen kulit.
  • Kacang soya bertindak menyeimbangkan kesihatan dan kelembapan kulit.
  • Kulit terasa lembut dan menyegarkan saat selepas mencuci muka.

Soothing Radiance Whitening Softener
  • Berfungsi seperti toner/penyegar (selepas membersihkan muka) yang boleh digunakan dua kali sehari.
  • Melembutkan dan mengembalikan keseimbangan PH kulit yang betul.
  • Rosemary menganjalkan dan menyegarkan kulit.
  • Kudzu menegangkan dan mencerahkan kulit.
  • Marshmallow memberi kelembapan pada kulit.
  • Bertindak secara lembut dan berkesan dalam memastikan kulit tidak kering.
  • Tanpa alkohol.

Daily Defense Whitening Essence
  • Disapukan pada kulit yang bersih (selepas toner).
  • Bearberry mencerahkan dan menegangkan kulit.
  • Strawberri Begonia mengimbangkan pigmen kulit.
  • Kacang soya melembutkan dan mengurangkan tompok-tompok hitam.
  • Mulberi mencegah daripada kerosakan akibat matahari.
  • Vitamin C aktif ditambahkan untuk memperbaiki kulit serta mengembalikan seri wajah.
  • Lembut dan mudah diserap oleh kulit.


Spot Whitening Treatment

  • Digunakan mengikut keperluan (selepas whitening essence).
  • Elakkan dari terkena pancaran matahari sebaik saja selepas menggunakannya.
  • Memperbaiki kesan-kesan akibat daripada pancaran matahari serta jeragat dengan cepat.
  • Pati Likuoris dan Peony menghasilkan kuasa pencerahan, perlindungan dan menghilangkan keradangan kulit.
  • Cats Claw menegangkan kulit.
  • Vitamin C aktif memberi kecerahan yang baru serta kulit yang lebih halus mulus.

Ultimate Protection Whitening Lotion SPF15
  • Kaya dengan pati botani seperti Mulberi untuk mencegah kerosakan kulit akibat daripada sinaran cahaya matahari.
  • Botani Mountain Arnica bagi menghilangkan keradangan kulit.
  • Membantu membina daya ketahanan kulit terhadap kerosakan dari persekitaran.
  • Bertindak sebagai pelembap dari semua sudut serta melindungi daripada kesan-kesan yang memudarat kulit.

Overnight Renewal Whitening Lotion SPF15
  • Memperbaharui dan mengembalikan keremajaan kulit sewaktu tidur.
  • Linden membantu dalam pencerahan kulit.
  • Scullcap menghilangkan keradangan kulit.
  • Vitamin C aktif dapat mengurangkan tompok-tompok hitam serta mengembalikan keserian wajah.
  • Kulit yang gebu, halus, cerah dan berseri setiap kali bangun di waktu pagi.



Kesimpulannya, bahan-bahan yang terdapat di dalam NutriWhite Shaklee ini adalah ramuan botani mujarab :
  • Bearberry - meringankan, melegakan dan mengurangkan keradangan.
  • Kacang Soya(Soybean) - mencerahkan, melembutkan, melembapkan dan mengurangkan tompok.
  • Scullcap - meringankan, mengurangkan keradangan dengan flavonoid.
  • Beech Tree - meringankan, meningkatkan proses semulajadi dan melegakan kulit.
  • Strawberry Begonia - mencerahkan dan mengurangkan pigmentasi.
  • Mullberry - mencegah kerosakan kulit dan melembapkan.
  • Peony - mencerahkan, melembapkan dan mengurangkan keradangan.
  • Rosemary - menganjalkan kulit dan mengurangkan keradangan.
  • Aloe Vera - melegakan, melembapkan dan mengurangkan keradangan.
  • Mountain Arnica - mengurangkan keradangan dengan flavones.
  • Cat's Claw - menegangkan dan menyegarkan.
  • Kudzu Leaf & Root - menegangkan dan mengurangkan keradangan.
  • Linden - menyuburkan dan menghidratkan di peringkat dalam.
  • Marshmallow - melembapkan.
  • Seaweed - mengeluarkan kekotoran, memelihara dan menegangkan kulit.
  • Green Algae - menyahtoksin dan melembapkan.

Banyak jenisnya! Tak tahu mana satu nak mulakan? Ini cadangan saya untuk permulaan, 3 set asas NutriWhite :
  1. Gentle Deep Foaming Cleanser
  2. Soothing Radiance Whitening Softener
  3. Daily Defense Whitening Essence
Jika serasi bersama dan sangat berpuas hati, ingin menambahkan lagi rangkaian NutriWhite anda? Jom ikuti langkah mudah di bawah.

Bila dengar harga setiap satu, nak terbeliak juga mata tu..tapi bila dapat tahu ianya tahan ada yang sampai setahun, lagi la tak percaya!! Ni antara pengguna Shaklee NutriWhite yang tak percaya lambatnya habis dan yang seronok dapat kesan superb setanding dengan pencuci muka mahal yang lain....





Kannnnnn dah cakap!! 

BERMINAT UNTUK MENDAPATKANNYA PADA HARGA TERBAIK? BOLEH HUBUNGI SAYA MELALUI:
✆ SMS/WHATSAPP : 012-5166591
✍ PM/INBOX KE : http://www.facebook.com/messages/mizurasvitashop
➲ COD Area : Penang Island

➲ POS : Seluruh Malaysia

➲ FACEBOOK : Mizuras Vita Shop

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...