Wednesday, April 30, 2014

Terhidrat atau Terlebih air dalam badan?

Mungkin anda pernah dengar lebih daripada 50% badan kita terdiri daripada air.
Air masak ni, sangat penting dalam kehidupan seharian kita lebih-lebih lagi jika kita ialah pengamal supplimen.


Jadi berapa literkah yang mencukupi untuk kita terutamanya ibu-ibu menyusu.
Jika nak dapat susu banyak, perlulah minum air pun banyak juga ya.





Formula ini saya peroleh dari Portal Rasmi Hospital Tambunan, Sabah.

2/3 daripada berat badan anda dalam unit Pounds (lb) = berapa jumlah air yang perlu diminum, dalam unit Ounce (oz)

Di Malaysia, kita biasa guna unit kilogram (kg) dan Liter (L). Ini contohnya. 

Andaikan berat anda ialah 55kg.


(1) Tukarkan unit kg kepada pounds → 55kg = 121.25 lb
(2) Darabkan jumlah pounds tersebut dengan 2/3 → 121.25 x 2/3 = 80.83 oz
(3) Tukarkan unit oz tersebut kepada liter → 80.83 oz = 2.3 L
Jadi, buat anda yang mempunyai berat badan 55kg, anda perlu minum sekurang-kurangnya 2.3L air sehari, ya!


Jom check pula samada anda terhidrat atau tidak!

  • Bibir kering & melekit
  • Mengantuk
  • Dahaga
  • Sedikit @ tiada langsung air mata apabila menangis
  • Kulit kering
  • Sakit kepala
  • Pening
  • Kepala rasa ringan
  • Mengantuk @ merengek yang teruk dlm kalangan bayi
  • Tekanan darah rendah
  • Degupan jantung yang cepat
  • Sedikit @ tiada langsung urin
  • Kurang berpeluh
  • Mulut, kulit & membrane mukus yg sangat kering
  • Pernafasan sangat laju
  • Demam
  • Hilang keseimbangan & tidak sedarkan diri
  • Mata buntang/dalam
  • Ubun bayi yg tenggelam
  • Kulit tidak elastik

Anda ada tanda2 ini? Kalau terhidrat sedikit ke sederhana > minumlah air yang lebih banyak ya.


2 jenis air boleh membantu:

  1. Air masak
  2. Minuman utk bersukan spt 100 plus, revive atau juga Performance Drink Shaklee.

sumber : 
http://www.livestrong.com/article/1006640-thy-enemy-dehydration/
http://htbn.moh.gov.my/modules/artikel/item.php?itemid=16

1 comment:

  1. Bismillah,

    cuba minum sebanyaknya air masak...
    tapi kalau selepas makan sahur...risau juga...
    tak sempat nak sampai opis dah rasa nak buang air kecil.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...