Monday, July 7, 2014

Masalah Penyusuan Utama

BENGKAK SUSU


Punca :

  • Ibu jarang menyusukan bayi.
  • Ibu mengehadkan masa penyusuan atau penyusuan yang terlalu singkat.
  • Tidak menyusukan pada waktu malam.
  • Hisapan kurang efektif.
  • Bercerai susu.
  • Ibu mula memberi anak minuman lain pada awal kelahirannya.
  • Ibu mengalami tekanan, tidak mendapat sokongan, letih, takut, enggan menyusu kerana ditolak oleh bayi.
  • Memberi bayi puting kosong.
  • Rutin hospital yang tidak menyokong penyusuan susu ibu di mana memisahkan ibu dan anak sebaik dilahirkan serta lewat menyerahkan bayi kepada ibu untuk disusukan.
  • Pemberian susu formula sebaik dilahirkan.



Simptom pada payu dara :

  • nampak berkilat
  • sakit
  • tegang
  • kerasa
  • rasa agak panas bila dipegang
  • keadaan puting agak leper, bengkak, merekah
  • kedudukan semasa menyusu tidak betul


Rawatan :

  1. Betulkan posisi semasa mendakap bayi untuk disusukan.
  2. Menyusukan bayi dengan kerap tanpa had siang dan malam (sekurang-kurangnya 8-12 kali termasuk dua kali sebelah malam).
  3. Perah susu jika berpisah sekurang-kurangnya enam kali sehari dan sekali pada waktu malam.
  4. Kejutkan bayi yang sedang tidur untuk menyusu sekurang-kurangnya tiga jam sekali.
  5. Tuam dan urut perlahan-lahan payu dara sebelum menyusukan.
  6. Mula menyusukan sebaik merasa payu dara keras dan penuh.
  7. Biarkan bayi menyusu di payu dara pertama sebelum bertukar pada payu dara kedua.
  8. Minta bantuan suami atau sesiapa untuk mengurut bahagian tengkuk sebelum menyusukan bayi.

SALURAN SUSU TERSUMBAT


Biasa terjadi apabila menyusukan bayi. Satu atau lebih saluran susu tersumbat.

Simptom :
  • payu dara kelihatan biasa saja tetapi apabila disentuh, ada ketulan di bahagian tertentu dan terasa sakit.
  • payu dara kelihatan kemerah-merahan daripada normal.
  • ibu tidak demam cuma mungkin selsema.

Rawatan :
  1. Membetulkan posisi dan dakapan untuk memastikan pengaliran susu yang lebih efektif
  2. Urut perlahan-lahan di sekitar payu dara dengan telapak tangan
  3. Elak tidur meniarap dan memakai pakaian baju dalam ketat.
  4. Rehat bersama bayi di atas katil dan kerap memberi bayu menyusu setiap 2-2 1/2 jam sekurang-kurangnya.
  5. Makan dengan sempurna dan minum air secukupnya.

MASTITIS


  • Mastitis tidak berjangkit - Berlaku kerasan susu keluar dari saluran tisu atau alveoli, biasanya berlaku kerana bengkak susu yang tidak dirawat dan saluran susu tersumbat.
  • Mastitis berjangkit - berlaku disebabkan pengaliran susu yang tidak sempurna, trauma payu dara, sistem imun yang lemah seterusnya puting membenarkan kemasukan bakteria.

Simptom :
  • demam selsema
  • bahagian payu dara akan berasa hangat, merah, bengkak dan sakit
Rawatan :
Periksa payu dara untuk melihat simptom tisu rosak dan puting merekah. Perbetulkan pengaliran susu dengan cara memperbaiki posisi dan dakapan.
Kerap menyusu sekurang-kurangnya 2 1/2 jam.
Ambil ubat segera jika berlaku apa-apa infeksi (perlu preskripsi daripada pakar bertauliah).
Amalkan pemakanan berkhasiat dan banyak minum air.
Berehat sekurang-kurangnya 24 jam.

Jika simptom semakin jelas, berlaku pula rekahan, kerap demam dan pengaliran susu kurang sempurna, rawat ia dengan antibiotik. Rawatan antibiotik hanya untuk mastitis yang sah berjangkit. Hanya antibiotik yang sesuai untuk wanita laktasi akan diberikan.

Apabila jangkitan bakteria tidak ada pengaliran yang mencukupi, boleh mengakibatkan terkumpulnya nanah dan berlaku rekahan puting.

TIDAK CUKUP SUSU


Alasan paling biasa kita dengar apabila ibu tidak menyusukan atau berhenti menyusukan bayi yang baru lahir ialah "tidak cukup susu". Si ibu membuat tanggapan bahawa bekalan susunya tidak cukup. Betul atau salah, bekalan susu yang kurang sebenarnya boleh dirawat.

Biasanya ibu mengkategorikan "tidak cukup susu" apabila bayi kerap menangis, masih tidak puas selepas menyusu, menyusu terlalu singkat/lama, enggan menghisap payu dara yang 'kosong', mengantuk, tidak berminat untuk menyusu, peningkatan berat badan yang perlahan, payu dara tidak berasa tegang, tidak mampu memerah banyak atau tidak ada susu.

Kenyataan ini boleh dipercayai sekiranya peningkatan berat badan bayi kurang daripada 500gm sebulan, berat badan bayi kurang daripada waktu lahirnya kira-kira dua minggu (kecuali yang lahir dengan berat badan yang tinggi), air kencing bayi sedikit, warna kuning, berbau dan kurang daripada enam kali sehari, najis sedikit, keras, kering, berwarna hijau. Kulit bayi berkedut, bayi keletihan, mengantuk dan menangis dengan lemah.

Punca ini berlaku adalah hampir sama dengan punca bengkak susu dan saluran susu tersumbat. Selain itu faktor psikologi ibu yang tidak yakin, usia muda, tiada pengalaman, pernah gagal dalam penyusuan, bimbang bentuk payu dara berubah, tiada sokongan dari suami dan keluarga, keletihan yang teramat sangat. Fakto bayi yang dilahirkan tidak normal seperti kecacatan bibir sumbing juga menjadi punca masalah ini.

Rawatan :
  • Perbetulkan posisi semasa menyusu.
  • Penyusuan susu ibu lebih kerap sekurang-kurangnya 10 kali dalam tempoh 24 jam.
  • Tidur berdekatan bayi dan susui dia setiap malam apabila tahap prolaktin tinggi.
  • Perah susu ibu selepas setiap kali penyusuan untuk jangka masa pendek sehingga bekalan susu meningkat.
  • Elakkan penggunaan botol susu sebaliknya guna cawan untuk memberi bayi perahan susu ibu.
  • Berehat dan bertenang semasa menyusukan bayi.
  • Tanamkan keyakinan bahawa anda boleh menyusu dan mengeluarkan bekalan susu yang cukup untuk keperluan bayi.
  • Fahami bahawa bekalan susu bergantung pada permintaan vs penawaran (demand vs supply).
  • Rujuk pakar perunding laktasi jika perlu. 

PUTING BENGKAK DAN SAKIT


Simptom :
tidak selesa (gatal, rasa panas)
merekah
sakit
ruam (dermatitis, herpes)
kemerahan
kulit berkeping, berkilat dan sakit selepas menyusu

Rawatan : 
  1. Mengurangkan bengkak susu di sekeliling puting dan areola. Jika perlu, perah dengan jari secara lembut.
  2. Jika sakit semakin terasa, ambil ubat seperti paracetamol.
  3. JIka rekahan puting semakin teruk, perah susu dengan tangan dan beri kepada bayi selama 1-2 hari.
  4. Sebelum menyusukan bayi, tuam payu dara untuk merangsang pengaliran susu.
  5. Duduk dengan selesa dan relax.
  6. Dakap bayi dengan betul pada dada.
  7. Mulakan penyusuan di sebelah payu dara yang kurang sakit.
  8. Susui bayi secara lebih kerap mengikut keperluan bayi, elak daripada mengehadkan penyusuan.
  9. Jika ibu perlu berhenti ketika menyusu, perlahan-lahan keluarkan puting daripada mulut bayi dengan meletakkan jari kelengkeng di antara gusi bayi.
  10. Selepas menyusu, perah sedikit susu akhir yang berlemak dan sapu pada puting. Biarkan ia kering.
  11. Elak guna sabun dan alkohol untuk mencuci puting. Jangan sapu minyak angin atau sebarang minyak di atas puting kecuali yang dibenarkan.
  12. Kerap tukar pelapik payu dara (breast pad). Jangan guna pelapik yang diperbuat daripada plastik.
  13. Pakai baju dalam diperbuat daripada kain kapas.
  14. Jika perlu gunakan pelindung puting (nipple shield) untuk mengelakkan puting yang bengkak terkena pakaian. Masalah puting bengkak adalah sementara sahaja.


SUSU MELELEH


Berlaku khususnya jika payu darah penuh dengan susu atau ketika anda melihat, mendengar, memikirkan tentang bayi atau ketika bayi menghisap sebelah payu dara lagi.

Cara menghentikan :
  1. Tekan tapak tangan anda pada puting payu dara selama 1-2 minit.
  2. Anda boleh menggunakan lapisan kain, sapu tangan atau kain penyerap yang bersih di dalam coli. Tukarkan lapisan ini apabila ia lembap.
  3. Perah susu lebih kerap.

Mudah-mudahan penyusuan kita akan berjalan dengan lancar ya mommies :)






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...