Tuesday, July 1, 2014

Masalah Besar Wanita - SENGGUGUT !


Bila terkena saja senggugut, mesti nak tidur ja di rumah kan?! Tak mau p sekolah, pejabat atau shopping. Jom kita berkenalan dengan senggugut. Perlu berjumpa doktor atau tidak perlu? Bolehkah ia dicegah? Apakah cara-cara mengelakkan senggugut?

Apa itu senggugut?
Istilah perubatan = dismenorea
Kesakitan yang dialami semasa permulaan haid dan mungkin berlarutan 1-2hari.

Penyebab senggugut?
Ia disebabkan oleh pengecutan atau pergerakan kuat otot-otot uterus. 
Terbahagi kepada 2 jenis i) dismenorea primer ii) dismenorea sekunder

Dismenorea Primer 
  • Gadis yang mendapat haid pada umur 12 tahun atau lebih awal.
  • Mereka yang mempunyai haid lebih lama lebih berkemungkinan untuk mengalami dismenorea primer.
  • Tidak disebabkan oleh penyakit lain seperti ketumbuhan abnormal ataupun jangkitanPunca:i) Ketidakseimbangan bahan kimia prostaglandin bagi wanita yang mengalami senggugut menyebabkan kurang darah mengalir ke dalam uterus menyebabkan hujung saraf pada uterus semakin sensitif pada kesakitan.ii) Genetik – ada yang berpendapat, jika ibu@kakak mengalaminya, tidak mustahil anda juga akan mengalaminya.

Bagaimana mengetahui anda mengalami dismenorea primer?
  1. Kesakitan telah mula dirasai sejak pertama kali kamu haid atau 6 hingga 12 bulan selepas itu
  2. Kesakitan mula dirasai beberapa jam sebelum atau sejurus selepas permulaan haid
  3. Dua hari pertama haid adalah paling sakit
  4. Kesakitan mungkin akan hilang 2 atau 3 hari selepas permulaan haid
  5. Kesakitan mungkin dirasai di bahagian belakang badan, peha dan kaki
 
Dismenorea Sekunder
  • Senggugut bermula sekitar 2 tahun atau lebih selepas period pertama. 
  • Senggugut jenis ini memerlukan rawatan lanjutan oleh doktor.
Punca:
  1. Ketumbuhan polips atau sista pada ovari atau uterus
  2. Jangkitan
  3. Radang rongga pelvis
  4. Endometriosis
  5. Penyakit usus seperti apendisitis
  6. Kehamilan ektopia atau kehamilan di dalam tiub fallopio

Perlukah berjumpa dengan doktor?
  • Jika kesakitan bermula beberapa hari sebelum permulaan haid dan berpanjangan selama 3 hari, dan anda juga menyedari ada beberapa benjolan dalam abdomen, muntah yang kerap, dan perubahan dalam aliran haid, eloklah berjumpa doktor.
  • Sekiranya anda aktif dalam aktiviti seks dan mengalami kesakitan semasa melakukan seks, anda juga harus mendapatkan pemeriksaan doktor. 


Siapa berisiko mengalami senggugut?
- Faktor genetik.
- Diet yang berlemak, rendah protein dan rendah serat.
- Pengambilan gula yang banyak dan alkohol serta kopi semasa.
- Wanita yang merokok.
- Rehat yang tidak mencukupi dan bertekanan tinggi.


Pencengahan
  • Perbaiki diet harian. Makan makanan tinggi protein & tinggi serat. Makan banyak sayur-sayuran, kekacang, buah-buahan, ikan salmon, sardin.
  • Kurangkan pengambilan garam dalam diet harian.
  • Banyakkan minum just buah-buahan berbanding teh/kopi sebelum haid.
  • Amalkan vitamin tambahan seperti vitamin B dan E, Magnesium dan Kalsium. Beritahu doktor anda jika ingin mengambil sebarang vitamin.
  • Makan makanan yang mengandungi lemak berkualiti seperti asid lemak Omega 3 yang boleh membantu mengurangkan kesakitan senggugut.
  • Kekal aktif semasa haid seperti berjogging, berjalan, bersiar-siar. Bersenam terbukti dapat mengurangkan kesakitan senggugut.
  • Tenangkan fikiran bagi menenangkan urat-urat saraf.


Dah kena senggugut, apa boleh dilakukan?
  • Ambil pil penahan sakit untuk mengurangkan kesakitan.
  • Tuam perut dengan tuala yang telah direndam dalam air suam atau gunakan tungku suam.
  • Tarik nafas dalam-dalam, baring dan tenangkan diri. Jauhi bunyi bising. Tidur. 


Anda nak cuba vitamin tambahan jenama Shaklee?

Berikut disenaraikan vitamin serta kelebihannya membantu masalah senggugut anda.


  • B Complex - Membina tindak balas imun, mencegah kemandulan, masalah haid, multiple sclerosis, gangguan saraf, skizofrenia, Terlibat dalam penghasilan tenaga dan berguna untuk kemurungan dan stress. Ia adalah nutrien anti-tekanan. Baca lanjut di page ini.
  • GLA Complex - Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid, Melegakan PMS (sindrom pra haid), Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri. Nak tahu lanjut? sila click.
  • Omega Guard - mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS golongan wanita, menghalang salur darah dari tersumbat, merendahkan serangan sakit kepala, mengawal emosi serta mengurangkan kemurungan dan kebimbangan. Maklumat lanjut di sini.
  • OsteMatrix – mengandungi kalsium dan magnesium, Membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, meredakan migrain, sakit belakang, senggugut, kebas dan kekejangan
  • Vita E Complex - merawat musculus pectoralis fibrosis otot dada, simptom prahaid dan sindrom menopaus seperti hot flush, memperbaiki kitaran darah, meningkatkan keanjalan salur darah. Baca lanjut di sini.

BERMINAT UNTUK MENDAPATKAN? BOLEH HUBUNGI SAYA MELALUI :

✆ SMS/WHATSAPP : 012-5166591
✍ PM/INBOX KE : http://www.facebook.com/messages/mizurasvitashop
➲ COD Area : Penang Island

➲ POS : Seluruh Malaysia

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

sumber:http://buff.ly/1pRXqYm

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...