Friday, July 4, 2014

A to Z : Tips Penyusuan Berkesan untuk Ibu

artikel ni saya jumpa di mother's room dari majalah PA&MA Ogos 2007.
jadi saya kongsikan di sini....

A : Pastikan posisi penyusuan betul. Menyusu dalam posisi yang salah boleh menyakitkan anda & mengecewakan bayi.

B : Selepas menyusu, masukkan hujung jari kelingking anda di hujung mulut bayi untuk menghentikan hisapan.

C : Pastikan anda mengalami refleks let-down (LDR) atau pancutan susu. Refleks let-down adalah rasa berdenyut yang menandakan aliran hangat susu sebaik sahaja bayi berada pada posisi penyusuan yang betul.

D : Gunakan bantal untuk bersandar jika perlu. Posisi dakapan merupakan posisi klasik dan menjadi kegemaran kebanyakan ibu.

E : Bayi perlu disusukan mengikut permintaan, biasanya pada setiap 1 1/2 ke 3jam. Dia akan menangis bila lapar dan lama-kelamaan anda dapat mengenali tangisannya bila dia lapar.

F : Apabila menyusukan bayi pada waktu malam, ada baiknya anda tidak menghidupkan lampu.

G : Tukar lampin bayi sebelum menyusukannya & tidurkannya kembali selepas menyusu.

H : Posisi football hold sangat sesuai jika anda baru pulih daripada pembedahan caesarean, memiliki payu dara yang besar, menyusukan bayi pra-matang, bayi yang kecil saiznya atau menyusukan anak kembar serentak.

I : Berikan bayi menyusu dari kedua-dua belah payu dara setiap kali menyusu.




J : Susukan bayi pada satu payu dara sehingga dia berhenti menghisap. Angkat bayi, sendawakannya dan alihkannya ke payu dara sebelah dan teruskan menyusu sehingga dia kenyang. Untuk penyusuan berikutnya, mulakan pada payu dara yang terasa sarat dengan susu.

K : Sendawakan bayi setiap kali selesai penyusuan. Dia mungkin termuntah susu jadi pastikan anda menyediakan tuala. Jika dia tidak sendawa selepas 30saat, mungkin dia tidak perlu disendawakan.

L : Letakkan bayi di bahu anda. Gosok atau tepuk perlahan belakang badannya.

M : Persekitaran penyusuan bayi yang ideal adalah bilik yang sunyi, hanya anda berdua, jauh dari sebarang bentuk gangguan.

N : Apabila menyusukannya, kekalkan hubungan mata, selalu tersenyum dan bercakap dengannya.

O : Berikan pujian dan ucapkan kata-kata positif tentang perilakunya ketika menyusu. Gunakan nada suara yang berbeza seperti menyanyi untuknya. Gerak isyarat yang penuh kasih sayang akan membuatkan bayi berasa lebih dihargai, selamat dan akhirnya dapat meningkatkan harga diri & keyakinannya.

P : Penggunaan bahan haba & urutan lembut sebelum menyusukan dapat membantu susu mengalir dengan lebih baik.

Q :  Mandi di bawah air suam, berbaring dalam tab mandi berair suam atau balut dengan tuala suam dan berhaba membantu mengurangkan bengkak payu dara.

R : Jika puting sakit atau merekah, tuam puting menggunakan tuala hangat dan biarkan puting terdedah seketika.

S : Bungkusan ais ketul dan daun kubis turut mengurangkan kesakitan payu dara bengkak. Bagaimanapun ia hanya dilakukan selepas anda menyusukan bayi.

T : Cuci areola dan puting payu dara menggunakan tuala suam sekurang-kurangnya seminggu sekali bagi mengelakkan jangkitan kuman.

U : Makan makanan yang berkhasiat. Ibu perlu makan makanan seimbang dan bukan makanan ringan.

V : Minum sekurang-kurangnya segelas air suam beberapa minit sebelum menyusukan bayi.

W : Menyusu lebih kerap. Kekerapan menyusu akan menghasilkan lebih banyak susu.

X : Bertenang ketika menyusu membantu susu mengalir dengan baik.

Y : Berehat pada waktu siang kerana menjaga bayi baru lahir adalah satu tugas yang meletihkan.

Z : Berlatih memerah susu dua minggu sebelum cuti bersalin berakhir. Perahkan susu ke dalam bekas yang mempunyai penutup. Simpan susu ke dalam peti sejuk sejurus selepas diperah.

Moga bermanfaat :) Jika berminat untuk mencuba set penyusuan shaklee, boleh klik di sini untuk pilihan >>>> SET PENYUSUAN SHAKLEE

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...