Wednesday, June 4, 2014

Vita E Complex Shaklee : Berkhasiatkah kandungannya?


Anda tahu tak apa yang anda makan? Jom kenali kandungan vitamin E dari Shaklee yang merupakan vitamin E paling lengkap dalam pasaran.


  • Minyak kacang soya.
  • Minyak biji gandum yang kaya dengan Vitamin E.
  • 8 jenis Vitamin E (d-alpha,beta,gama,delta).
  • 65 mcg selenium.
  • Ekstrak biji anggur.

Minyak Kacang Soya




  • Membantu peredaran darah
  • Menghapuskan kesan-kesan keracunan makanan
  • Meredakan demam


Minyak Biji Gandum (Wheat Germ Oil)





  • dibuat daripada ekstrak minyak mentah yang diperoleh dari biji gandum.
  • fungsi utama : meningkatkan peredaran darah dan meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan saraf serta memulihkan kesihatan secara keseluruhan .
  • adalah sumber paling kaya dengan vitamin E berbanding minyak sayuran lain.
  • merupakan perangsang kesuburan disebabkan oleh tingginya kandungan vitamin E. Vitamin E sendiri mendapat nama ilmiah, yang disebut tokoferol, yang bermakna "untuk mendatangkan keturunan".
  • juga memberi manfaat dalam meningkatkan fungsi kardiovaskular (jantung & salur darah)


Ekstrak biji anggur




  • Ekstrak biji anggur mengandungi pelbagai khasiat kesihatan iaitu protein, lipid, karbohidrat dan polifenol.
  • Kuasa antioksidan polifenol adalah 20 kali lebih baik dari vit E dan 50 kali lebih baik daripada vitamin C . 
  • Amat berkesan mengatasi masalah kanser.
  • Amat baik untuk awet muda dan untuk memelihara kecantikan.
  • Terbukti berkesan menguatkan sistem imun badan, menurunkan paras kolestrol, menghalang pembentukan darah beku, melegakan masalah berpunca daripada urat timbul. 
  • Melambatkan penuaan.

Salah satu phenol yang ditemui dalam biji anggur ialah OPC (oligomeric Proanthi Cyanidin). Ia lebih tulen berbanding kumpulan fitonutrien yg lain).

Fungsi OPC : memelihara tubuh dari penuaan sebelum masanya, terikat dengan kolagen, membantu kulit lebih elastik serta membuatkan seseorang nampak muda secara semulajadi.



Selenium




Ramai yang tidak tahu apakah selenium dalam vitamin E ini? Apakah fungsinya? Hasil pembacaan saya merumuskan selenium seperti berikut:

Selenium:
  • adalah unsur kimia dengan nombor 34 dan mempunyai symbol [Se].
  • hanya diperlukan dalam kuantiti yang sedikit tetapi memainkan peranan penting untuk kesihatan kita. 
  • tidak boleh dihasilkan sendiri oleh badan dan perlu diambil dari sumber luar.
  • penting untuk melawan penyakit seperti kanser & sakit jantung.
  • terdapat dalam sumber makanan seperti kacang/walnut Brazil,tuna, ikan kod, daging ternakan, sumber kaya protein, bijirin, jagung, tomato tetapi selenium mungkin akan musnah apabila makanan dimasak.
  • terlibat dalam metabolisme prostaglandin yang digunakan oleh tubuh dalam pelbagai cara.
  • menyahtoksin bahan-bahan merbahaya dalam badan seperti merkuri.

Fungsi Selenium

  • mencegah 'oxidative stress' - iaitu tekanan yang berpunca daripada ketidakseimbangan akibat daripada molekul-molekul oksigen menjadi terlalu aktif sehingga merosakkan sel-sel lain di sekitarnya. Contoh penyakit yang mungkin timbul ialah penyakit jantung dan rheumatoid arthritis (RA).
  • menyokong kelenjar tiroid - membantu kelenjar tiroid menghasilkan hormon yang paling aktif & menetapkan jumlah hormon yang dihasilkan.
  • pencegahan kanser - selenium dilihat mampu mencetuskan pembaikan kepada DNA & sintesis sel-sel yang rosak, menghalang perkembangan sel kanser daripada membiak. Seorang penyelidik bernama Margaret Karagas dari Cancer Preventation Research yang pernah dimuat dalam jurnal American Assosoation for Cancer Research (2008) menunjukkan bahawa selenium juga dapat mencegah penyakit jantung dan kanser.
  • menjaga kesihatan otak & mempengaruhi mood kitakajian dilakukan oleh Wayne Chris Hawkesa pada tahun 1998 terhadap dua kumpulan selama 15 minggu. Kumpulan pertama diberi diet kaya selenium manakala kumpulan kedua diberi diet rendah selenium. Pada akhir percubaan kelihatan bahawa kumpulan pertama menunjukkan mood yang baik, lebih ceria, fikiran lebih cemerlang, mudah menerima, lebih percaya diri dan lebih bersemangat. Sebaliknya, kumpulan kedua menunjukkan perilaku kemurungan, lebih suka marah, fikiran bingung, tidak ghairah dan bahkan orang yang kandungan seleniumnya paling rendah dalam darah menunjukkan mood yang paling buruk di antara sampel lain, sehingga mengarah pada tahap kemurungan. Hal tersebut jelas membuktikan bahawa selenium mempunyai peranan yang penting dalam menentukan keadaan "mood" kita. 
  • mencegah penuaan awalBersama vitamin E, selenium dapat mempertahankan keanjalan rangkaian sel yang penting untuk mencegah penuaan awal.


Sekarang, anda dah tahu kan kenapa Vita E Complex Shaklee menjadi pilihan & kegilaan ramai lelaki & wanita untuk sihat, cantik & muda remaja?


BERMINAT UNTUK MENDAPATKANNYA? BOLEH HUBUNGI SAYA MELALUI:

✆ SMS/WHATSAPP : 012-5166591
✍ PM/INBOX KE : http://www.facebook.com/messages/mizurasvitashop
➲ COD Area : Penang Island

➲ POS : Seluruh Malaysia

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

sumber : http://buff.ly/1jQ29VA , http://buff.ly/1jQ2c3B , http://buff.ly/1o8zjpj

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...