Tuesday, June 17, 2014

Anda diserang gastrik lagi? Jom elakkannya dengan Shaklee

Apa itu Gastrik?

Gastrik terbahagi kepada 2 jenis :

  1. Gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut) 
  2. Ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis)

Bagaimana gastrik terjadi?
Secara semula jadi, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik (dengan pH 1 - pH 2) yang berfungsi mencerna makanan. Asid hidroklorik ini kuat dan jika terkena tangan, kulit akan terhakis. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik ini. Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk dicernakan. 

Gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik (terlalu banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah). Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah, ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.

Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut.
Jika sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa yang sudah lemah.


Tanda-tanda Gastrik
  • Sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen)
  • Rasa senak, berangin atau pedih
  • Rasa tidak selesa
  • Kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan
  • Rasa mual (loya) dan muntah
  • Hilang selera makan
  • Berat badan turun (pada peringkat teruk)

Jika sampai peringkat teruk, ulser perut menyebabkan pendarahan dan ia boleh dilihat dalam 2 bentuk iaitu :

  • Najis menjadi hitam seperti tar
  • Muntah mengandungi darah atau berwarna gelap seperti kopi


Siapa yang berisiko terkena gastrik?
  • Individu yang kerap mengambil ubat tahan sakit dalam tempoh lama seperti ubat anti keradangan bukan steroid (NSAID). Ini termasuk aspirin (yang diambil pesakit jantung untuk mencairkan darah)
  • Individu yang merokok dan banyak minum minuman keras. Asap rokok dan alkohol boleh memberi kesan negatif dan mencederakan lapisan pertahanan (lapisan mukosa)
  • Individu yang banyak mengalami tekanan sama ada tekanan kerja, peribadi, sosial 
  • Individu yang mendapat jangkitan kuman yang teruk seperti pesakit yang baru menjalani pembedahan besar kerana pembedahan juga adalah satu bentuk tekanan kepada badan
  • Individu yang suka mengambil ubat tradisional, terutama yang mengandungi akar kayu. Ia termasuk ubat tradisional Cina dan Melayu kerana kebanyakan ubat tradisional dicampur steroid supaya ia lebih berkesan dan mujarab.
  • Jangkitan bakteria Helikobakter pilori (H pilori). Bakteria ini berupaya melemahkan lapisan mukosa melalui 2 cara iaitu :

    i) Bakteria H pilori menghasilkan enzim urase yang memecah atau menguraikan urea kepada ammonia. Ammonia ini bahan toksik yang boleh menjejaskan lapisan mukosa. Kehadiran banyak ammonia melemahkan lapisan pertahanan yang menyebabkan asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan mengakibatkan keradangan

    ii) Bakteria H pilori mempunyai bentuk berpilin (berlingkar). Jadi ia boleh membuat lubang pada lapisan mukosa (seperti lubang cacing) yang akhirnya melemahkan lapisan pertahanan ini

Rawatan

1) 3 jenis ubat untuk gastrik:
  1. Antasid - bertindak memperbaiki dan memberi lapisan tambahan kepada lapisan pertahanan (mukosa) yang diambil 3 kali sehari
  2. Antagonis H2 - berfungsi mengurangkan rembesan asid. Ubat antasid dan antagonis H2 diberi untuk gastritis
  3. Perencat pam proton (PPI) - bertujuan mengurangkan rembesan asid dengan lebih berkesan; biasanya diberi kepada pesakit yang alami gastritis teruk atau ulser perut
Mengapa perlu menghabiskan ubat? Ubat diberi sebenarnya membantu memulihkan lapisan pertahanan dalam perut dan ia mengambil masa 2 minggu untuk kembali normal. Memberhentikan pengambilan ubat selepas 3 atau 4 hari bermakna anda sengaja mengundang gastrik untuk datang balik.

Malah lebih baik jika pesakit jalani pemeriksaan teropong perut (endoskopi) untuk mengetahui tahap masalah dan melihat sama ada pesakit mengalami jangkitan bakteria H pilori bagi menentukan jenis ubat yang sesuai.



2) Ubah Gaya Hidup
  • Berhenti merokok dan minum minuman beralkohol
  • Hentikan pengambilan ubat tahan sakit
  • Amalkan pemakanan sihat dan makan secara teratur (sarapan, makan tengah hari dan malam). Pada bulan puasa, kena bangun sahur dan sebaiknya melewat-lewatkan bersahur
  • Makan sedikit-sedikit tetapi kerap
  • Kurangkan makanan berempah, bercili, masam
  • Kurangkan minuman mengandungi kafein (kopi, teh dan minuman berkarbonat)
  • Ambil susu kerana sifat susu yang beralkali boleh mengurangkan keasidan perut
  • Kurangkan pengambilan makanan yang disifatkan berangin. Jenis makanan ini berbeza antara individu dan ubah suai mengikut keperluan masing-masing

Tertanya-tanya adakah produk Shaklee yang membantu masalah gastrik?
Pastinya ada! Jom kita lihat :

1) ESP - Soy Protein Isolate
  • Kacang soya yang merupakan kandungan utama dalam ESP ialah tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan di dalam perut. 
  • ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pecernaan makanan.
  • ESP membantu sebagai minuman penyelamat buat mereka yang tidak sempat untuk makan pada masa yang sepatutnya kerana ia memberikan rasa kenyang untuk tempoh yang lama.
2) OsteMatrix
  • kapsul kalsium yang juga mengandungi magnesium dan vitamin D yang bersifat alkali baik untuk mengurangkan keasidan perut.
  • salah satu punca terjadinya gastrik adalah disebabkan oleh kekurangan kalsium dalam badan.
3) Peppermint Ginger Plus
  • mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk melegakan ketidakselesaan perut serta membuang angin di dalam badan. 
  • sesuai dimakan dalam bentuk tablet atau pun dihancurkan di dalam air panas dan diminum seperti teh herba. 
4) B Complex
  • Bertindak sebagai penenang kepada pesakit gastrik selain membantu mengatasi sakit gastrik.
  • Berlainan dengan pain killer yang bersifat sementara, b complex membantu melengkapkan keperluan harian sistem tubuh dan fungsi saraf supaya berfungsi dengan baik.



BERMINAT UNTUK MENDAPATKANNYA PADA HARGA TERBAIK? BOLEH HUBUNGI SAYA MELALUI:
✆ SMS/WHATSAPP : 012-5166591
✍ PM/INBOX KE : http://www.facebook.com/messages/mizurasvitashop
➲ COD Area : Penang Island

➲ POS : Seluruh Malaysia

➲ FACEBOOK : Mizuras Vita Shop



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



sumber : http://buff.ly/1iDetZS


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...