Thursday, August 14, 2014

Penyelesaian Rambut Gugur ?


Wanita Lepas Bersalin & rambut gugur!!!

Pernah alami atau sedang mengalami situasi begini?




"Saya baru melahirkan anak. Sekarang umurnya empat bulan. Masalah saya ialah, saya dapati semakin banyak keguguran rambut yang berlaku. Kadang-kadang segenggam rambut keluar hanya dengan melurut kepala saya. Adakah ianya sejenis penyakit sehingga menyebabkan kebotakan atau sekadar perubahan yang berlaku kepada wanita yang baru melahirkan anak? Apakah cara rawatan atau ubat-ubatan yang boleh membantu?"

Saya terbaca 1 sessi soal jawab di majalah PA&MA keluaran Februari 2006. Dr Norintan, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Swasta, Seremban menjawab permasalahan di atas. Jom ikuti jawapan beliau secara ringkas (saya ambil isi-isi penting).

Kebanyakan wanita (60%) memiliki rambut yang lebat ketika mengandung namun mengalami keguguran rambut selepas melahirkan bayi. Ada juga yang mengalaminya dari awal kandungan sehinggalah selepas bayi dilahirkan.

Kebiasaanya masalah ini adalah disebabkan oleh  perubahan sementara yang berlaku akibat perubahan hormon di dalam badan wanita sewaktu kehamilan dan berpantang.

Setelah bayi berumur enam hingga 12 bulan, seharusnya rambut di kepala para ibu akan tumbuh semula secara normal. Walau bagaimanapun sekiranya rambut semakin menipis, wanita itu dinasihatkan supaya berjumpa dengan doktor pakar kulit untuk pemeriksaan lanjut.

Cadangan bagi mengatasi masalah keguguran rambut, cubalah amalkan makanan yang mengandungi banyak flavonoids seperti sayur-sayuran, buah-buahan di samping mengamalkan vitamin C, B Complex serta Vitamin E. Kesemua jenis vitamin ini baik untuk kesihatan rambut dan membantu menyuburkan rambut.

______________________________________________________________________________

OK, itu apa kata doktor, selain tu, saya juga terserempak dengan blog kesihatan yang lain yang menyarankan pengambilan Zinc sebagai langkah membantu mengurangkan keguguran rambut.
Jika berminat, boleh baca di sini > Keguguran Rambut - Bolehkah zink membantu? . Jika anda nak tau, zinc complex ialah vitamin termurah dari Shaklee yang sangat mampu milik serta tahan sehingga 4 bulan!


Jadi kepada para wanita yang mengalami masalah keguguran rambut, silalah buat perubahan pada pemakanan anda serta berjumpalah dengan pakar jika masalah ini semakin kronik ya. Jangan biarkan botak teruk baru nak menyesal.huhu..

Jika berminat dengan produk penjagaan rambut dari Shaklee, boleh hubungi saya.


✆ SMS/WHATSAPP : 012-5166591
✍ PM/INBOX KE : http://www.facebook.com/messages/mizurasvitashop
➲ COD Area : Penang Island

➲ POS : Seluruh Malaysia

➲ FACEBOOK : Mizuras Vita Shop


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...