Wednesday, August 20, 2014

DIY : FRAME LAMA menjadi TRAY SERBAGUNA

Rasa2 ada banyak frame lama tak? Nak buang? Sayang! Nak guna? Dah buruk. Abis nak buat apa?
Haa..saya ada idea!

Saya baru saja kitar semula frame lama menjadi sebuah tray untuk centerpiece di dining table :)


Jom saya tunjuk!

Ni frame lama yang saya ada..agak klasik dengan ukiran macam ni kan? Dari jauh nampak cantik...



tapi...dah buruk sebenarnya...tengok jarak dekat.


So, apa saya buat? Ni bahan-bahannya..
1. Frame lama
2. Spray - beli kat kedai hardware, minta nak spray aluminium atau kayu bergantung kepada frame anda. Saya guna warna Grey sebab warna ni dah ada di rumah (atau boleh pilih warna mengikut citarasa masing-masing)
3. Wrapping Paper (kosong atau bercorak terpulang pada citarasa juga)


DIY : Cara-cara menukarkan frame lama kepada tray cantik :


1. Mula-mula, keluarkan dulu cermin pada frame ok. Kemudian spray bingkai frame sekali dengan belakangnya kalau belakang pun tak cantik ye. Spray molek-molek selapis.

2. Make sure dibiarkan kering seharian di bawah panas matahari ya.

3. Lepas spray tu check sekali lagi samada semuanya sama rata. Jika tak rata, spray lagi untuk kali ke-dua (hanya spray selepas lapisan pertama tadi kering tau). Biarkan ia kering sekali lagi.

4. Bila dah kering, baru masukkan kembali cermin frame tadi.

5. Biasa kita letak gambar di celah-celah frame kan? Kali ni saya gantikan dengan wrapping paper bewarna (ikut kesukaan masing-masing. yang bercorak pun boleh janji nampak cantik dengan frame yang sudah dispray tadi ok). Saya letak wrapper silver (sebab ni je yang ada waktu tu di rumah hehe).

6. Siap! Boleh la diletak barang keperluan, hiasan di atas tray baru ini. 


Ni tray saya yang dah siap..Cantik tak?? Saya letak di dining table rumah..



Nak before and after? 


Tray yang dah siap lebih cantik dan nampak baru serta 'rare' tiada di pasaran kan! Uniknya ia hanya berada di rumah anda dengan sentuhan peribadi anda sendiri..

Sekian dulu tutorial saya..
Jika ada lagi DIY yang saya buat, saya beri tutorial lagi ya :) Selamat mencuba.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...