|
Mouse pun boleh bertukar jadi handphone tau! |
Normalkah kalau bayi umur 1 tahun 5 bulan masih
belum boleh bercakap? Bagi yang tercari-cari di usia berapa anak dah mula
bercakap, sama la korang macam saya. Saya pun cari info yang sama.
Anak saya, Marissa Amina dah 14.5 bulan.. So
far memang dia dah boleh paham majoriti yang orang sekelilingnya cakap. Dia
sendiri dah boleh cakap :
“mamam” – bila nak makan..yakni lepas mandi
pagi ja mesti dia nak maman dah.
“nenen” – pantang nampak ummi, mesti nak duduk
atas riba & direct latch
“ba” – bila ditanya abi mana?
“ma” – bila ditanya ummi mana?
“bas” – bila nampak bas rapid lalu
“meme” – panggilan untuk ummi bila dia nangis
nak merap suruh ummi dukung hihi..
Dah boleh mengajuk sesiapa saja yang batuk.
Suka geleng kepala bila disuruh buat sesuatu
yang dia tak nak buat.
Tapi..saya sendiri tak pasti dah boleh cakap
mcm di atas tu consider lambat bercakap atau memang budak umur gini sampai situ
saja percakapannya. Kata orang tua-tua, baby yang cepat berjalan, memang
biasanya lambat bercakap sebab dia tumpukan pada aktiviti lain dulu. Amina
memang dah berjinak-jinak untuk berjalan sejak umur 9 bulan lagi..Masuk 10
bulan dia memang dah boleh berjalan.
So bila saya google, ini info yang saya dapat.
Tapi take note perkembangan setiap bayi tidak sama, so jangan bandingkan anak
kita dengan anak orang lain sangat ya. Saya go thru forum susuibu juga cakap benda yang sama.
Jangan risau sangat sampai memaksa anak kecil ni pula semata-mata sebab anak orang lain dah boleh bercakap.
Perkembangan percakapan
Bayi
baru lahir — Boleh mendengar dan membezakan sama ada bunyi datang dari kiri
atau kanan. Mereka akan menggerakkan kepala ke arah sumber bunyi. Bayi anda
juga sepatutnya boleh memberi tindak balas kepada bunyi perlahan. Bayi mula
senyum dan menunjukkan gerak balas kepada seseorang pada umur sebulan dan
mengenali suara ibu bapa pada umur satu hingga 2½ bulan
Tiga
hingga enam bulan — Bayi boleh meniru bunyi percakapan
Empat
hingga lapan bulan — Bayi menyebut satu suku kata (contoh ba, da, ga, gu)
Lima
hingga sembilan bulan — Bayi menyebut beberapa suku kata berulang-ulang (contoh
bababa, lalala)
Enam
hingga 10 bulan — Bayi mula menyebut perkataan mudah yang kerap didengar (emak,
ayah, tak)
Lima
hingga 10 bulan — Kebanyakan bayi boleh menyebut mama, dada — yang tidak hanya
merujuk kepada ibu dan ayahnya
Enam
hingga sembilan bulan — Kebanyakan bayi boleh mengikut atau mematuhi arahan
pendek yang disertakan dengan pergerakan badan atau tangan. Contohnya meminta
dia memegang objek atau tangan anda. Dalam lingkungan umur tujuh hingga 11
bulan, bayi sepatutnya boleh mematuhi arahan ringkas tanpa perlu ditunjuk
dengan tangan
Tujuh
hingga 12 bulan — Sudah pandai menggunakan perkataan mama, emak atau ayah
dengan betul
Sembilan
hingga 14 bulan — Biasanya sudah boleh menyebut satu patah perkataan (selain
emak, ayah)
10
hingga 15 bulan — Sepatutnya bayi boleh menunjuk ke arah objek yang
dikehendakinya
11
hingga 20 bulan — Anak anda seharusnya boleh menyebut empat hingga enam
perkataan (selain emak, ayah atau nama adik beradik)
14
hingga 21 bulan — Si kecil boleh mematuhi arahan dua langkah tanpa bantuan
pergerakan tangan (contoh ‘Duduk di sini dan makan’). Pada umur 14 hingga 18
bulan, dia seharusnya boleh menunjukkan dua atau lebih anggota badan dan
meningkat kepada enam anggota badan pada umur 22 bulan
16
hingga 20 bulan — Kanak-kanak boleh menyuarakan kehendaknya dalam satu
perkataan (jus, susu, lagi, banyak)
18
hingga 22 bulan — Si kecil sudah boleh menggabungkan dua perkataan atau ayat
mudah seperti ‘hendak susu’ atau ‘mahu lagi’
16
hingga 24 bulan — Kanak-kanak seharusnya sudah boleh menguasai lebih 50 patah
perkataan
19
hingga 26 bulan — Menggunakan perkataan saya, awak walaupun kadangkala terbalik.
Kebanyakan kanak-kanak boleh menyebut perkataan dengan baik apabila berumur 30
bulan
24
bulan — Percakapannya boleh difahami separuh oleh orang lain atau individu yang
jarang berjumpa kanak-kanak berkenaan
24
hingga 32 bulan — Boleh menamakan empat gambar
26
hingga 32 bulan — Boleh bercakap dalam dua hingga tiga ayat mudah
27
hingga 34 bulan — Boleh memahami dua arahan dalam satu ayat contohnya ‘Letak
cawan di atas meja atau sebelah buku’
29
hingga 34 bulan — Boleh menamakan dan kegunaan sekurang-kurangnya dua objek.
Kanak-kanak seharusnya boleh mengenali satu warna pada umur 2½ hingga 3¼ tahun
dan empat warna pada umur tiga hingga 4½ tahun
Tiga
tahun — Hampir 75 peratus pertuturannya boleh difahami orang yang jarang
bertemu kanak-kanak ini. Pada umur ini mereka boleh menguasai lebih 250
perkataan. Pada umur empat tahun, percakapannya seharusnya boleh difahami
sepenuhnya dan mampu menguasai 600 perkataan.
So kalau rasa anak lambat bercakap, nak buat
apa?
·
Jika anda fikir anak anda lewat bercakap, bawa si
kecil untuk jalani ujian pendengaran. Pada
masa sama kanak-kanak yang ada masalah lewat bercakap juga perlu dirujuk kepada
pakar terapi pertuturan atau pakar psikologi jika perlu secepat mungkin.
· Membaca buku kepada
anak, terutama buku bergambar di mana anda boleh mengajaknya untuk menunjuk
atau menamakan objek. Contohnya : Flash card pun boleh gak ni.
·
Gunakan bahasa mudah apabila bercakap dengan anak, dibantu dengan gerak
badan atau tangan. Tanya banyak soalan kepada anak. Pastikan anda ‘bercakap’
dengan si kecil dan bukan memberi arahan. Contohnya : saya selalu tanyakan
kepada anak, “
·
Beri tindak balas segera apabila anak bercakap untuk memberi dorongan
kepadanya. Contohnya : Kalau anak cakap “cat”, terus ulang “mana cat?” Nanti
pasti dia tunjuk cat(kucing) di situ.
·
Ulang perkataan atau ayat anak anda dengan menambah beberapa perkataan
lagi bagi memanjangkan ayat berkenaan. Contohnya : Kalau anak cakap “susu”, Tanya
dia kembali, “adik nak susu?” dari 1 perkataan kan dah jadi 3 perkataan.
·
Sabar melayan anak dan jangan marah jika dia melakukan kesilapan. Beri
masa untuk anak menghabiskan ayatnya.
·
Jangan paksa anak bercakap.
* contoh tu saya yang add sendiri hehe
Rajin-rajin la
sembang dengan anak, best tau! Especially bila tengok muka diorang blur saja tengah
nak pick up apa kita cakap.